AWANG puji tindakan Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Tuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dapat balik pasport antarabangsanya, sementara waktu untuk buat rawatan di Jerman. Tuk Zahid beritahu mahkamah bahawa dia menderita sakit belakang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG puji tindakan Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Tuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dapat balik pasport antarabangsanya, sementara waktu untuk buat rawatan di Jerman.

Tuk Zahid beritahu mahkamah bahawa dia menderita sakit belakang serta leher dan perlukan rawatan itu.

Banyaklah pihak yang persoal tindakan Tuk Seri Zahid. Ada yang kata takkan tak ada pakar di Malaysia yang boleh rawat dia.

Ada yang secara sinis berkata, kenapa tak terbangkan pakar perubatan itu ke sini, memandangkan Tuk Zahid ada duit. Macam-macamlah komen dalam media sosial tentang hal itu.

Pada pendapat Awang, pertimbangan kemanusiaan sama pentingnya dengan soal keadilan.

Memang betul Tuk Seri Zahid dihadapkan dengan 40 pertuduhan rasuah, tapi tentulah ada sebabnya Tuk Zahid buat keputusan untuk berubat di luar negara.

Awang percaya bukanlah niatnya untuk pandang rendah pakar di Malaysia. Mungkin ada rawatan khusus dan peralatan tertentu yang hanya terdapat di Munich, Jerman.

Lagipun satu masa dulu mentornya pernah buat permohonan yang sama. Tuk Seri Anwar pernah berubat di Jerman. Kerajaan izinkan pada masa itu. Jadi tak timbul isu pilih kasih dalam soal ini.

Khabarnya pemergiannya tak ganggu proses perbicaraan beliau. Beliau akan hadir dalam perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah. Sepatutnya kita semua doakan agar Tuk Seri Zahid segera sembuh. Insya-ALLAH.

Klik di sini untuk terus membaca