KUALA LUMPUR - Prospek pelaburan asing di Afghanistan bergantung kepada kemampuan kerajaan baharu Taliban mewujudkan persekitaran kondusif untuk pelabur berpotensi. Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak dua tahun... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Prospek pelaburan asing di Afghanistan bergantung kepada kemampuan kerajaan baharu Taliban mewujudkan persekitaran kondusif untuk pelabur berpotensi.

Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak dua tahun lalu tiada pengumuman tentang greenfield investments melibatkan perniagaan asing menubuhkan syarikat baharu bermula dari bawah di Afghanistan.

Persoalan utama untuk para pelabur berpotensi adalah sama ada kerajaan Taliban ini lebih mampu daripada kerajaan terdahulu untuk menyediakan persekitaran bersesuaian untuk prospek pelaburan asing di Afghanistan.

Rentetan ketidakstabilan sejak tahun 2014, hanya terdapat sejumlah empat greenfield investments.Namun laporan Afghan Islamic Press berpangkalan di Pakistan mengatakan, jurucakap Taliban menawarkan jaminan terhadap pemilik bank, pengurup wang, peniaga dan pekedai bahawa nyawa serta harta benda mereka akan dilindungi.

Selain pelaburan asing yang sangat lemah, Afghanistan turut dibelenggu masalah disebabkan isu keselamatan dan rasuah yang teruk.

Menurut Bank Dunia, sebelum Taliban mengambil alih, Afghanistan membelanjakan 29 peratus Keluaran Negara Kasar (KDNK) untuk keselamatan berbanding purata tiga peratus untuk negara berpendapatan rendah.

Kini muncul pula kebimbangan berhubung kestabilan kewangan apabila orang ramai dilaporkan cuba membuat pengeluaran wang dari bank masing-masing.

Dalam pada itu, prospek pelancongan di negara bergolak itu turut samar kerana masih tidak dipastikan sama ada kerajaan Taliban akan menerima atau menolak sektor tersebut.

Terdahulu, bagi meredakan kebimbangan dalam kalangan rakyat Afghanistan susulan adanya dakwaan bahawa Taliban merancang sekatan ketat terhadap kebebasan, seorang pegawai Taliban berkata, warga Afghanistan dengan dokumen sah boleh melakukan perjalanan pada masa akan datang.

Klik di sini untuk terus membaca