SEPATUTNYA apabila seseorang itu tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan yang memerintah, maka segala kemudahan yang beliau perolehi gugur dengan sendirinya. Ini termasuklah hak menggunakan kereta rasmi. Apabila kerajaan negeri... Klik di sini untuk terus membaca

SEPATUTNYA apabila seseorang itu tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan yang memerintah, maka segala kemudahan yang beliau perolehi gugur dengan sendirinya. Ini termasuklah hak menggunakan kereta rasmi.

Apabila kerajaan negeri Melaka tumbang pada 4 Oktober lalu, semua orang yang ada dalam kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Exco dan Ahli-ahli Dewan Undanganj Negeri (ADUN) yang lain secara rasminya tidak lagi boleh menggunakan sebarang kemudahan kerajaan negeri. Inilah pentingnya diadakan caretaker government atau kerajaan sementara dalam keadaan seperti ini.

Mantan Ketua Menteri tidak boleh berlagak sebagai Ketua Menteri lagi. Begitu juga Exco. Jadi apabila polis terpaksa merampas kereta salah seorang Exco, terasa pelik sangat.

Pada pendapat Awang, tindakan mengambil balik kereta ini boleh dibuat pada peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sahaja, tak perlulah tindakan polis. Melainkan Exco berkenaan berkeras enggan memulangkannya. Awang juga berpendapat tak perlulah berfoto dengan surat penyerahan kepada Penolong SUK.

Cukup-cukuplah drama politik di negeri Melaka. Ini penyakit yang dicari. Rakyat Melaka kesal tindakan menumbangkan kerajaan yang menyebabkan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa dibuat pada waktu pandemik.

Awang harap tindakan yang diambil ke atas Exco berkenaan diambil juga terhadap mana-mana Exco lain yang degil. Dan pantau juga tindakan semua ahli dewan negeri yang masih sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan kerajaan negeri. Maklumlah ada yang masih berfikir mereka berkuasa.

Klik di sini untuk terus membaca