SHAH ALAM - Tidak semua rakyat Afghanistan menyambut dengan tangan terbuka pentadbiran Taliban 2.0 yang kembali menguasai negara itu selepas lebih 20 tahun kehilangan kuasa.
Sinar Premium berkesempatan menghubungi dan menemubual seorang penduduk Afghanistan, Hujjatullah Zia yang kini sedang berada di Kabul.
Kata bekas wartawan agensi penyiaran antarabangsa itu, beliau tidak yakin kerajaan Taliban dapat mengembalikan ketenteraman di republik itu walaupun secara luarannya Taliban 2.0 kini tampil dengan imej lebih sederhana berbanding pada tahun 1996 hingga 2001.
"Saya tidak yakin kerajaan baharu Taliban akan mampu menjadikan Afghanistan sebuah negara yang lebih baik. Konflik dan peperangan masih belum berakhir.
"Jika anda mendengar sebelum ini tentang kumpulan militan Daesh-Khorasan dalam sesetengah insiden mereka menjalankan serangan bunuh diri. Itu sungguh ganas. Ini bermakna konflik belum tamat dan keganasan akan tetap berterusan.
"Selain itu, kerajaan baharu Taliban ini juga mempunyai masalah kewangan sekali gus akan mengheret negara ke dalam kancah kemiskinan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Premium.
Hujjatullah merupakan wartawan yang aktif menulis di Al-Jazeera dan akhbar di China.
Sewaktu Taliban mengambil alih Kabul, Hujjatullah turut menulis kisah berkenaan di Al-Jazeera bertajuk, I woke up to the Taliban walking in my city.Dalam tulisannya itu, Hujjatullah menceritakan bagaimana suasana hari pertama Taliban kembali berkuasa sehingga bandar Kabul sunyi tanpa kehadiran orang awam.
Situasi itu cukup berbeza ketika Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menguasai negara itu selepas perang pada 2001.
Bukan hanya itu kata Hujjatullah, kembalinya Taliban yang menguasai Kabul bermula 15 Ogos memberi ketakutan kepada sesetengah penduduk termasuk dirinya sendiri.
Klik di sini untuk terus membaca