RAMAI yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham. Lagi-lagi bila melihat kenalan yang dahulu hidupnya biasa-biasa, kini telah berjaya dalam pasaran saham sehingga mampu menjalani kehidupan yang mewah serta selesa. Apa yang penting... Klik di sini untuk terus membaca

RAMAI yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham. Lagi-lagi bila melihat kenalan yang dahulu hidupnya biasa-biasa, kini telah berjaya dalam pasaran saham sehingga mampu menjalani kehidupan yang mewah serta selesa.

Apa yang penting pelajari ilmu dan teknik pelaburan saham yang betul dari guru yang betul untuk mengawal dana dan menguruskan pulangan.

Ini lima langkah memulakan pelaburan saham:

1. Buka akaun CDS dan dagangan Akaun CDS bermaksud ‘Central Depository System’ atau Sistem Depositori Berpusat yang berfungsi untuk menyimpan saham yang dibeli secara elektronik yang disediakan oleh Bursa Malaysia. Sistem ini akan mengemas kini semua urusan belian dan jualan saham juga secara elektronik.

Biasanya akaun CDS akan dibuka secara serentak dengan akaun dagangan di bank pelaburan atau broker saham yang berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Fungsi akaun dagangan ini pula adalah medium urus niaga belian dan jualan saham berlaku. Anda perlu mendepositkan dana atau modal pelaburan ke akaun dagangan sebelum boleh membuat urus niaga pelaburan saham.

Ini bermaksud selepas anda membuat belian di akaun dagangan, saham tersebut akan disimpan dalam akaun CDS anda.

Kos pembukaan akaun hanyalah RM10.60 dan anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank pelaburan untuk membuka kedua-dua akaun tersebut.

2. Belajar ilmu asas pelaburan

Sebelum mula melabur saham, ada baiknya kita belajar perkara asas dahulu. Kenali apa itu Tawaran Awam Permulaan (IPO), apakah sektor-sektor yang terlibat dalam pelaburan saham dan bagaimana kita sebagai pelabur dapat menggunakan pelaburan saham sebagai satu platform untuk menjana pendapatan tambahan.

Zaman sekarang, semuanya di hujung jari. Ada banyak program yang menawarkan ilmu asas pelaburan saham secara percuma dan ia dianjurkan oleh Bursa Malaysia. Sekiranya mengikuti program-program bukan anjuran Bursa Malaysia, pastikan program tersebut dikendalikan oleh individu yang berlesan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Selain dari itu, Bursa Malaysia juga menyediakan satu platform secara maya iaitu BursaMarketPlace di mana kita boleh mendapatkan maklumat semua produk dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Aplikasi ini juga menyediakan pelantar kepada bakal pelabur untuk membuat pelaburan olok-olok.

3. Modal pelaburan

Mulakan dengan wang simpanan lebihan. Pastikan modal yang digunakan adalah wang yang kita sanggup rugi. Untuk menjaga emosi semasa melabur, anda tidak digalakkan menggunakan simpanan kecemasan seperti duit untuk membayar sewa rumah atau duit beli susu anak untuk dilaburkan.

Modal minimum untuk pelaburan saham hanya melibatkan pembelian 100 unit saham sahaja. Ini bermakna jika harga seunit saham adalah RM1, modal permulaan pelaburan hanyalah RM100 sahaja tetapi kos-kos minimal lain yang perlu diambil kira.

4. Tahu bila nak beli dan jual

Sebelum membuat sebarang pembelian, kita mestilah menyediakan pelan dagangan terlebih dahulu. Rancang bila nak beli dan bila nak jual, tahu di mana paras risiko dan potensi keuntungan kita.

Hala tuju pergerakan pasaran dan saham boleh dijangka melalui ilmu Analisis Teknikal. Anda boleh mendapatkan mentor yang bertauliah untuk bertalaqqi.

5. Ilmu dan amal

Sekiranya perkara asas sudah difahami, akaun telah buka, dan modal pun telah tersedia, kita dah bersedia untuk melabur. Amalkanlah ilmu itu walaupun sedikit dan janganlah kita meninggalkan ilmu yang telah dipelajari.

Jangan dilayan perasaan takut dan risau dan yakinlah dengan ilmu yang dipelajari.

Doa yang pernah dibacakan oleh Nabi S.A.W. berbunyi:

"Ya ALLAH, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima”.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Klik di sini untuk terus membaca