SHAH ALAM - Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin tidak melihat keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan individu tidak lengkap vaksin mengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka adalah satu keputusan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin tidak melihat keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan individu tidak lengkap vaksin mengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka adalah satu keputusan 'flip-flop'.

Jelas beliau, langkah kerajaan melalui SPR membenarkan golongan tidak divaksin untuk mengundi pada PRN Melaka bukan semata-mata atas kepentingan politik.

"Golongan tidak lengkap vaksin atau antivaksin kena faham. Sebarang aktiviti dikekang kerajaan untuk golongan ini seperti kebenaran makan di premis kedai makan, masuk ke kompleks membeli-belah dan premis kerajaan hanyalah dikuatkuasakan setelah mereka dipastikan mempunyai opsyen lain untuk melakukannya.

"Berbeza dengan tanggungjawab mengundi di mana pengundi yang layak tidak mempunyai opsyen lain selain keluar mengundi di pusat pengundian yang ditetapkan berdasarkan lokaliti didaftarkan.

"Ditambah arahan larangan mengundi akan mencabuli Perlembagaan, saya merasakan keputusan kerajaan dan SPR adalah tepat dan konsisten dengan pendirian mendesak golongan antivaksin agar segera divaksin," katanya.

Abdul Halim yang juga Yang Dipertua DPMM Melaka juga berpendapat kehadiran pengundi antivaksin pada PRN Melaka diyakini tidak memberikan risiko penularan Covid-19 yang besar kepada pengundi yang lengkap divaksin.

Hal ini kerana beliau menjangkakan jumlah pengundi negeri itu yang tidak divaksin hanyalah meliputi dua peratus sahaja daripada keseluruhan hampir 500,000 pengundi berdaftar.

Klik di sini untuk terus membaca