AWANG sokong penuh kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang kata akan 'terus mengenakan pelbagai kesukaran' pada mereka yang enggan divaksin. Itu tindakan yang betul. Ini bukan soal hak enggan divaksin. Atau soal... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sokong penuh kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang kata akan 'terus mengenakan pelbagai kesukaran' pada mereka yang enggan divaksin.

Itu tindakan yang betul. Ini bukan soal hak enggan divaksin. Atau soal undang-undang. Awang fikir ini bukan soal hak asasi. Ini soal keselamatan rakyat.

Kita semua tahu sejak kita capai vaksinasi melebihi 90 peratus, banyak kebaikannya. Kes Covid-19 sudah berkurang. Bagi mereka yang dijangkiti tak seburuk mana akibatnya. Jumlah mereka dalam keadaan serius di hospital pun dah jauh berkurang.

Awang rasa pelik masih ada yang nak pertahan golongan antivaksin dan mereka yang tak mahu divaksin. Bagus sangatkan premis perniagaan halang mereka masuk, begitu juga peluang untuk mereka rentas negeri atau pergi ke luar negara. Biar padan muka mereka.

Awang tak faham Tuk Seri Ketua Pembangkang yang kata kerajaan patut meneruskan usaha "memberi kesedaran” pada mereka yang enggan divaksin. Awang nak tanya Tuk Seri Anwar, sampai bila? Tak usahlah nak main politik dalam soal ini. Cukup-cukuplah nak dapat mileage dalam semua hal. Patutnya Tuk Seri Anwar berdiri di belakang KJ dan beri sokongan padu tanpa soal.

Kita dalam keadaan susah. Jangkitan penyakit ini boleh berlaku bila-bila masa. Kita dah buka ekonomi dan negeri oleh sebab 90 peratus yang dewasa dah divaksin. Yang degil ini kelak akan menjadi punca masalah akan datang. Takkanlah kita nak berlembut dengan mereka yang akan mengancam keselamatan kita semua?

Klik di sini untuk terus membaca