SUAMI kepada anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates bukan sahaja beragama Islam tetapi juga dikenali sebagai ahli sukan berkuda yang mewaklili Mesir dalam beberapa kejohanan di dunia. Dia berkahwin dengan anak perempuan... Klik di sini untuk terus membaca

SUAMI kepada anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates bukan sahaja beragama Islam tetapi juga dikenali sebagai ahli sukan berkuda yang mewaklili Mesir dalam beberapa kejohanan di dunia.

Dia berkahwin dengan anak perempuan bilionair itu, Jennifer Gates dalam majlis kecil-kecilan yang diadakan secara Islam dan rahsia di New York.

Pada hari Sabtu pula, satu majlis yang dihadiri oleh 300 tetamu diadakan di rumah Jennifer, 25, yang juga terletak di New York.

Suaminya ialah Nayel Nassar yang dilahirkan di Chicago, IIIinois, Amerika Syarikat (AS), pada Januari 1991 dan kini berusia 30 tahun tetapi pernah dibesarkan di Kuwait oleh ibu bapanya yang merupakan rakyat Mesir.

Bapanya iaitu Fouad dan ibunya, Iman Harby dilaporkan bertaraf jutawan dan memiliki syarikat Diwan Interiors International iaitu sebuah firma arkitek serta reka bentuk.

Syarikat itu pernah bekerjasama dengan Citigroup Kuwait, JW Marriott dan Mercedes Benz.

Nassar telah berpindah ke negeri California, AS pada tahun 2009 ketika dia berumur 18 tahun.

Seperti Jennifer, Nassar belajar di Universiti Stanford , Califormia pada tahun 2013 dengan mendapat ijazah Ekonomi.

Bagaimanapun, suami Jennifer itu sudah terlibat dalam sukan berkuda sejak dia kecil lagi.

Nassar pernah menjuarai acara ekuestrian buat pertama kali pada tahun 2011 pada satu kejohanan yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sejak itu, dia menyertai banyak kejohanan ekuestrian iaitu pada tahun 2013, 2014 dan 2017 serta Sukan Ekuestrian Dunia pada tahun 2017.

Baru-baru ini, dia mewakili Mesir dalam acara ekuestrian di Sukan OlimpikTokyo, Jepun dan ia merupakan kali pertama negara tersebut layak memasuki acara itu di peringkat Olimpik.

TIADA BANTAHAN KELUARGA

Nassar sudah bertunang dengan Jennifer pada Januari tahun lalu dan keluarga kedua-dua pihak tidak membantah tentang pertunangan tersebut.

Kedua-duanya ialah kekasih lama dan gambar pertama Nassar dengan Jennifer muncul di Instagram pemuda itu pada Februari 2017.

Dalam gambar itu, kedua-duanya sedang makan malam sempena Hari Kekasih di Pantai Miami, Florida AS.

Bagaimanapun, menurut maklumat dalam akaun Instagram Nassar dan Jennifer, kedua-duanya telah menjalin hubungan sebulan lebih awal.

Nassar semasa menyertai Sukan Olimpik Tokyo pada Ogos lalu.

Jennifer dilaporkan pernah berkata bahawa minatnya dalam sukan berkuda telah mengukuhkan ikatan cinta mereka.

Nassar juga pernah kembali ke Universiti Stanford untuk memberikan sokongan kepada Jennifer yang berjaya mendapat ijazah dalam jurusan biologi manusia.

Ekoran kejayan Jennifer itu, Bill dan Melinda yang ketika itu isterinya telah menghadiahkan Jennifer sebuah ladang kuda di Westchester, New York.

Ladang kuda itu seluas 50.18 hektar dan berharga hampir AS$16 juta (RM66.74 juta) juga telah menjadi lokasi majlis perkahwinan Jennifer dan Nassal pada Sabtu lalu.

Nassal juga mempunyai sebuah syarikatnya iaitu Nassar Stables yang ditubuhkan pada tahun 2014.

Setakat ini masih tidak diketahui sama ada Jennifer yang merupakan penganut Kristian Katolik sudah memeluk agama Islam selepas dia menjadi isteri Nassal.

Namun, perkahwinan melibatkan suami isteri yang berlainan agama sudah menjadi kebiasaan di AS. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca