NAMPAKNYA tak ada siapa yang ambil kisah nasib berpuluh malah beratus ribu pesawah yang tak dapat benih padi mereka mengikut jadual tahun ini. Para petani khususnya di Utara Malaysia kecewa kelewatan terima benih padi sah telah jejaskan... Klik di sini untuk terus membaca

NAMPAKNYA tak ada siapa yang ambil kisah nasib berpuluh malah beratus ribu pesawah yang tak dapat benih padi mereka mengikut jadual tahun ini. Para petani khususnya di Utara Malaysia kecewa kelewatan terima benih padi sah telah jejaskan musim tanaman mereka.

Bulan April tahun ini, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH) kata kebanyakan pesawah di bawah kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terganggu jadual penanaman mereka. MADA sahaja bekalkan 43 peratus keperluan padi negara.

Bulan ini masih ada suara dari Pengerusi MADA yang mahukan tindakan diambil kepada pengeluar benih padi yang gagal memenuhi kontrak mereka. Beliau juga dakwa ada ejen-ejen benih padi yang memanipulasikan harga.

Banyak pihak yang terbabit soalkan apakah wajar bekalan benih diberikan hanya secara monopoli pada sebuah syarikat.

Ada beberapa elemen penting babitkan pesawah; bekalan air, benih padi dan baja. Jika salah satu terlewat, maka yang lain turut terjejas. Masalah besar ialah benih lewat sampai. Masa menanam terpaksa dilewatkan. Musim hujan dan angin yang datang menyebabkan kerosakan beribu hektar padi yang belum boleh dituai.

Awang harap Kementerian Pertanian pantau hal ini dengan sebaiknya. Jangan sampai cerita ini berulang lagi pada musim akan datang.

Klik di sini untuk terus membaca