KENAPA Micheal Hart meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai insan nombor satu dalam ranking ‘The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History’?
Sekali pun ramai yang menolak pengiktirafan tersebut, namun Hart berkeras mempertahankan pemerincian itu.
Penulis ingin melontarkan satu persoalan. Adakah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mengenai teknologi masa depan? Ada hadis Nabi Muhammad SAW menerangkan tahap pengetahuan saintifik dan teknologi pada akhir zaman. Akhirnya, apa yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW lebih 14 abad lalu menjadi kenyataan kerana ia berlaku sekarang.
Contoh terbaik adalah teknologi media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Skype, Instagram dan Facebook. Rasulullah SAW pernah menyatakan lebih 1,500 tahun dahulu dalam hadis riwayat at-Tirmizi [24:2181] bermaksud: "Oleh yang ditangannya adalah jiwaku! Jam tidak akan ditentukan sehingga pemangsa berbicara kepada orang-orang dan sehingga hujung cambuk seorang lelaki dan tali di seliparnya berbicara kepadanya, dan pahanya memberitahunya tentang apa yang terjadi dengannya keluarga selepas dia.”Bayangan yang diberikan Nabi Muhammad SAW sangat jelas. Meskipun, pada 1,500 tahun lalu belum ada telefon pintar, namun Nabi Muhammad SAW dengan kebijaksanaan mampu memberi bayangan tentang kehidupan akhir zaman.
Jelas, aplikasi media sosial begitu menguasai kehidupan manusia sehingga ada yang berasakan hidup tidak lengkap tanpa aplikasi WhatsApp.
Kini, senario menghabiskan masa di hujung jari jelas kelihatan. Tangan manusia rancak menaip pesanan atau berbual menerusi WhatsApp tanpa menyedari masa sudah pun berlalu meninggalkan kita.
Satu lagi bukti, Nabi Muhammad SAW tidak hanya mengungkapkan pengetahuan tentang apa yang berlaku pada masa lalu berkenaan nabi-nabi sebelumnya dan bangsa-bangsa mereka. Nabi Muhammad SAW juga memberi kefahaman tentang apa yang akan terjadi di akhirat termasuk peristiwa-peristiwa yang akan datang iaitu di dunia ini.
Catatan sejarah menunjukkan ketika al-Quran diturunkan, masyarakat Arab tidak memiliki teknologi untuk memungkinkan mereka melakukan penyelidikan terhadap dunia.
Oleh itu, ada perbezaan yang signifikan antara tahap sains dan teknologi ketika itu. Sebenarnya perbezaan tersebut berterusan hingga awal abad ke-20 dan ke-21. Bukti jelas ialah ada inovasi teknologi yang tidak diketahui beberapa dekad lalu kini telah menjadi elemen penting dalam kehidupan harian manusia.
Misalnya, pada abad ke-7, Nabi Muhammad SAW mengungkapkan sejumlah kebenaran tentang masa depan. Antara hadis yang menerangkan tahap pengetahuan saintifik dan teknologi pada akhir zaman. Akhirnya manusia menyaksikan apa yang disebut Nabi Muhammad SAW kira-kira 14 abad lalu menjadi kenyataan pada akhir zaman.
Paling menarik, teknologi besi dan angin juga telah disampaikan Rasulullah SAW dalam surah al-Anbyaa' [21:80-81]. Seterusnya baginda berbahas tentang teknologi permotoran kenderaan. Menerusi hadis riwayat Bukhari, Rasulullah bersabda: "Saya tidak tahu apakah Rasulullah SAW melarang keldai kerana ia kenderaan masyarakat sehingga beliau tidak ingin jika kenderaan mereka lenyap atau memang beliau mengharamkannya pada hari Khaibar khusus daging keldai jinak?”
Paling menarik, berabad lamanya manusia berinovasi cara untuk memanjang usia. Namun, sebenarnya Rasulullah telah mengungkapkan hal itu kepada sahabat tentang perkembangan akhir zaman menerusi hadis riwayat Ibn Hajar Haythami bermaksud: "Pada masa itu, jangka hayat akan bertambah lama.”Nabi Muhammad SAW juga berbicara tentang teknologi masa depan yang begitu menguasai pentas pengajian manusia ketika ini. Pemerincian daripada teknologi besi dan angin banyak berkait dengan aplikasi teknologi masa depan. Kini, terbukti saranan Rasulullah SAW berjaya mencipta pelbagai teknologi.
Kesimpulannya, penyelidik dan saintis di negara ini jangan hanya melihat aspek penghijrahan sikap atau tingkah laku. Sebaliknya mereka harus melihat bayangan dan perkembangan teknologi masa depan yang dikupas oleh Nabi Muhammad SAW sekiranya mahu menjadi peneraju terkemuka pada masa hadapan.
* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor
Klik di sini untuk terus membaca