MENARIK juga apa yang bakal berlaku dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka tak lama lagi.
Pakatan Harapan (PH) dah umumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee bukan calon mereka.
Beliau salah seorang dari empat orang yang menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO.
Norhizam ini tokoh penuh kontroversi sejak menjadi calon DAP di bawah payung PH semasa pilihanraya 2018.
Presiden UMNO pula kata parti itu belum muktamadkan lagi sama ada akan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam PRN kali ini.
Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) minggu depan.
Ini bermakna Perikatan Nasional (PN) akan berdepan dengan Barisan Nasional (BN) dan PH.
Hal ini tentulah menarik. Jikalau PN tidak bersama BN maka akan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Parti-parti gabungan PN akan berlawan dengan gabungan BN yang menjadi rakan kongsi kerajaan pusat.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Pada pendapat Awang, UMNO tidak boleh begitu yakin dengan kekuatannya di Melaka.
Lagipun rakyat marah dengan perbuatan tiga orang ADUN UMNO sendiri yang tumbangkan kerajaan negeri pimpinan UMNO.
Itu akan jadi modal serangan ke atas UMNO. Jikalau UMNO berperang guna kekuatan BN semata-mata, Awang nampak yang untung adalah PH.
Para pemerhati politik berpendapat PN belum diuji kekuatannya selepas tumbang baru-baru ini.
Klik di sini untuk terus membaca