SHAH ALAM - Bagai menunggu bulan jatuh ke riba, begitulah pepatah yang sesuai digambarkan dan sering diungkap oleh kebanyakan graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Empat tahun mencari kerja tetap, Amirul Amri Abdullah, 27,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bagai menunggu bulan jatuh ke riba, begitulah pepatah yang sesuai digambarkan dan sering diungkap oleh kebanyakan graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap.

Empat tahun mencari kerja tetap, Amirul Amri Abdullah, 27, berkata, dia menepis dakwaan yang mengatakan graduan malas mencari kerja sedangkan pelbagai bidang pekerjaan telah dilakukan sementara menunggu pekerjaan profesional.

Amirul

"Sementara cari kerja tetap, saya banyak buat ‘part time’ seperti ‘Grab’ dan penghantar makanan ‘Foodpanda’. Saya juga terlibat dengan kursus untuk pekerja yang diberhentikan dan ada surat berhenti daripada majikan seperti Penjana dan ‘Certified Drone Operation’.

"Saya kecewa kerana masih belum ada kerja tetap sehingga kini. Pekerjaan seperti ‘grabcar’ hanya sesuai buat sementara waktu kerana tiada jaminan untuk jangka masa panjang,” katanya yang telah tamat belajar pada tahun 2018.

Amirul yang juga merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata, pekerjaan tetap merupakan suatu penantian yang telah lama diidamkan namun masih belum mempunyai kesempatan untuk menggapainya.

"Pada Mac 2020, saya mendapat tawaran kerja di tempat lain tapi surat tawaran ditarik balik akibat perintah kawalan pergerakan (PKP). Jadi sejak itu, saya masih tidak ada pekerjaan tetap sehingga sekarang.

"Bermacam usaha telah dilakukan dan beribu e-mel telah dihantar untuk permohonan, kerja namun rezeki masih belum berpihak kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.

BANTU GRADUAN KURSUS KEMAHIRAN, BUAT BISNES

Bagi graduan seni bina perancangan dan ukur, Dalia Md Isa, faktor pandemik adalah punca utama mengapa ramai graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap dan stabil.

Katanya, banyak faktor kenapa ramai lulusan universiti sukar mendapat pekerjaan dan pandemik Covid-19 memburukkan lagi krisis itu.

Dalia (kiri) kini berjinak-jinak dalam bisnes kek.

"Faktor pandemik yang membuatkan graduan sukar untuk mendapat kerja sekarang ini oleh kerana banyak sektor terpaksa ditutup atau mengurangkan pekerja.

"Oleh itu, persaingan untuk mendapat pekerjaan antara graduan dan mereka yang dibuang kerja amat sengit.

"Kerajaan boleh bantu meringankan beban graduan dengan memberikan kursus percuma untuk penambahan skil dan pengetahuan dalam persediaan pekerjaan. Kerajaaan juga boleh memberikan insentif untuk graduan yang ingin memulakan bisnes sendiri,” katanya graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu.

Kongsi Dalia, sementara menunggu kerja yang lebih stabil, dia kini berjinak-jinak dalam perniagaan kek secara kecil-kecilan.

Klik di sini untuk terus membaca