SHAH ALAM - Fatnyn Izzaty Fahdulkamal, 24, Sunderland Universiti, United Kingdom (UK), berkata, graduan lulusan ijazah dari luar negara bukanlah merupakan batu loncatan untuk mendapatkan kerja di negara sendiri.
"Saya juga tidak terkecuali daripada mempunyai pengalaman sukar untuk mencari pekerjaan tetap walaupun berkelulusan dari luar negara. Apa yang penting adalah skil komunikasi dan pengetahuan yang mendalam semasa temu duga.
"Sementara menunggu pekerjaan tetap, saya banyak mengikuti kelas online yang mengajar kemahiran reka bentuk dan pemasaran setelah mengkaji apakah permintaan pekerjaan yang tinggi ketika ini,” katanya.
Fatnyn juga tidak menafikan dakwaan yang mengatakan graduan memilih kerja kerana faktor gaji oleh sebab harga barang yang kian meningkat terutamanya mereka yang bekerja di bandar.
"Tidak boleh salahkan graduan yang memilih kerja kerana ‘demand’ gaji. Kini, harga sewa rumah dan barang keperluan tidak sama seperti lima tahun dahulu.
"Semasa di UK, walaupun hanya pekerja separuh masa, gaji tiga hari sama dengan gaji permulaan untuk graduan di sini selama sebulan. Walaupun mata wang berbeza dan tinggi di sana, skop pembayaran gaji harus setimpal dengan komitmen yang diberikan,” katanya yang kini bekerja secara separuh masa di sebuah farmasi.
Klik di sini untuk terus membaca