MACAM orang lain juga, Awang terkejut tengok klip video rancangan "Rumah No 107” terbitan Astro Warna.
Soalan Awang yang pertama adalah, apakah tidak ada kawalan langsung kandungan siaran TV pada masa ini?
Siapakah yang bertanggungjawab ke atas siaran itu?
Mana tidaknya, si pelakon dalam video itu ceritakan penggambaran satu adegan rogol dalam sesebuah filem tahun 2007.
Bukan main seronok dia ceritakan pengalamannya.
Yang lain dalam siaran itu gelak besar seolah-olah isu rogol bahan jenaka dan gurauan.
Awang tidak setuju dengan tapisan melampau, tapi penerbit dan hos patut tahu batas dan peraturan.
Jangan sampai 'over' kata orang sekarang.
Si pelakon berkenaan nampaknya tidak langsung hormat pada orang yang terbabit dan kaum wanita seluruhnya.
Adegan yang diceritakan dengan penuh semangat itu pun tak ada dalam filem Anak Halal apabila ditayangkan.
Stesen TV berkenaan sudah keluar kenyataan bahawa ia tidak berkompromi dengan hal-hal yang berkaitan dengan gangguan seksual dan deskriminasi ke atas wanita.
Tapi nasi sudah menjadi bubur.
Pelakon itu juga sudah mohon maaf.
Bagi Awang isunya bukan soal maaf atau tidak, tapi sikap terhadap keganasan dan gangguan seksual ke atas wanita.
Perbuatan tidak hormat pada wanita jadi punca Gerakan #MeToo di seluruh dunia.
Kita patut belajar menghormati kaum wanita.
Awang harap peristiwa ini jadi pengajaran pada semua, terutamanya pimpinan stesen TV.
Klik di sini untuk terus membaca