SHAH ALAM - Bajet 2022 perlu memberi penekanan besar terhadap perbelanjaan sosial membabitkan bantuan tunai dan perlindungan sosial. Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, tahap perbelanjaan sosial Malaysia berdasarkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bajet 2022 perlu memberi penekanan besar terhadap perbelanjaan sosial membabitkan bantuan tunai dan perlindungan sosial.

Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, tahap perbelanjaan sosial Malaysia berdasarkan laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) ketika ini agak rendah berbanding negara lain di rantau ini iaitu kurang 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala negara lain memperuntukkan hampir 20 peratus.

Menurut beliau, peningkatan perbelanjaan sosial mampu membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin dan B40 supaya mereka tidak terpinggir daripada isi rumah yang lain.

"Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan sosial ia akan memberi kesan pengganda kepada pendapatan golongan miskin dan B40.

"Walaupun penggandanya satu kali sahaja, ia masih boleh memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Dalam pada itu, Barjoyai turut mencadangkan kerajaan meningkatkan bantuan kepada sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Menurutnya, langkah tersebut dapat mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pelaburan langsung asing.

Klik di sini untuk terus membaca