PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan September 2020 menjadi punca tercetusnya gelombang ketiga penularan Covid-19 sehingga angka jangkitan melebihi 20,000 kes pada tahun ini. Ketika jangkitan semakin menurun di mana pada Isnin... Klik di sini untuk terus membaca

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan September 2020 menjadi punca tercetusnya gelombang ketiga penularan Covid-19 sehingga angka jangkitan melebihi 20,000 kes pada tahun ini.

Ketika jangkitan semakin menurun di mana pada Isnin merekodkan 4,789 kes, jumlah terendah sejak 22 Jun lalu, Malaysia bakal berdepan satu lagi PRN iaitu kali ini di Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November depan.

Bagi mengelakkan tercetusnya gelombang baharu, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021, menurut ketetapan baharu Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Klik di sini untuk terus membaca