BANYAKLAH sudah Awang baca desakan agar dibenarkan kemasukan pekerja asing bagi tujuan pulihkan ekonomi. Sektor yang paling kritikal pada masa ini adalah pertanian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.
Tak lama dulu ada berita mengatakan sektor perladangan rugi RM39 bilion akibat kekurangan pekerja. Dengan harga minyak sawit yang tinggi sekarang, sektor perladangan akan tambah kerugian lebih besar.
Sehari dua ini pula kita baca sektor pembuatan perabot yang dakwa kerugian besar akibat kurang pekerja.
Dalam wawancana dengan Tan Sri Johan Jaaffar baru-baru ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kata dalam rangka pertemuan beliau dengan pihak industri, soal pekerja asing ini turut dibangkitkan.
Banyak industri mahu kerajaan benarkan kemasukan pekerja asing, jikalau tidak, banyak syarikat akan terjejas.
Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sahkan dari hasil perbincangan kementeriannya dengan persatuan majikan, banyak syarikat akan gulung tikar kalau tidak ambil pekerja asing. Tapi kerajaan bertegas agar majikan utamakan pekerja tempatan.
Awang faham masalah industri. Kita tak boleh salahkan mereka. Rakyat kita sendiri yang tak minat kerja dalam sektor ladang, pembuatan dan pembinaan. Mungkin kerja itu berat atau tak glamour. Banyak rakyat kita terutamanya golongan muda yang memilih kerja. Ini kenyataan yang tak boleh dielakkan.
Pelaburan dalam banyak sektor berkaitan akan terjejas jikalau hal ini tak ditangani. Siapa yang nak melabur di Malaysia jikalau kita tak ada pekerja?
Klik di sini untuk terus membaca