SHAH ALAM - Tujuh tahun bergelar pramugari AirAsia, Nurul Tiara Rosli, 30, tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila dapat kembali menyambung tugas selepas sektor penerbangan negara dirundung kesuraman akibat pandemik Covid-19.
"Saya berasa amat teruja sampaikan ada penumpang yang menegur wajah saya kelihatan begitu ceria ketika menyambut penumpang menaiki pesawat,” katanya yang baru melangsungkan perkahwinan bulan lalu.
Menurut perkongsian pramugari muda itu, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dirinya dikira bernasib baik kerana masih dapat melakukan penerbangan namun jumlah penerbangan adalah terlalu sedikit.
"Ketika PKP tempoh hari, saya cuma ada satu atau dua penerbangan sahaja dalam seminggu.
"Itu pun masih dikira bernasib baik, ada rakan-rakan lain yang tidak terbang selama enam bulan,” kata Tiara yang juga sempat belajar membuat kek bagi mengisi masa ketika tidak dapat bekerja.
Namun, melihat situasi terkini Covid-19 negara yang semakin terkawal, Tiara yakin sektor penerbangan berpotensi untuk pulih dengan syarat semua pihak tidak alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.
Klik di sini untuk terus membaca