KUALA LUMPUR - Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan digantikan dengan Bantuan keluarga Malaysia (BKM) bermula Januari 2022, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan digantikan dengan Bantuan keluarga Malaysia (BKM) bermula Januari 2022, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini berkata, BKM akan diberikan kepada kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

"Untuk tahun 2022, BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.

"Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

Selain itu katanya, bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas.

"Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500,” katanya.

Secara keseluruhan katanya, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR.

Klik di sini untuk terus membaca