KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang meluaskan pengenaan cukai eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh dalam Bajet 2022.Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Zafrul Tengku... Klik di sini untuk terus membaca
KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang meluaskan pengenaan cukai eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain produk minuman bergula, kerajaan turut bersedia mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Jelas beliau, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada aspek kesihatan awam dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat bakal diteruskan bagi memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

"Selain itu, ke arah gaya hidup sihat juga, kerajaan bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

"Kerajaan juga bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Berita baik juga menanti lebih 10 ribu pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang dilantik secara kontrak sebelum ini apabila Tengku Zafrul mengumumkan kerajaan bersetuju menyambung khidmat mereka kepada maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib.

"Persetujuan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan sebagai persediaan pengajian kepakaran mereka.

"Sebagai tambahan, sukacita diumumkan kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian," katanya. Klik di sini untuk terus membaca