KUALA LUMPUR - Kejayaan pemain profesional e-sukan, Cheng Jin Xiang atau lebih dikenali dengan NothingToSay di pentas dunia terus membuka mata kerajaan untuk menyalurkan pelbagai insentif untuk sukan berkenaan.Menteri Kewangan, Senator... Klik di sini untuk terus membaca
KUALA LUMPUR - Kejayaan pemain profesional e-sukan, Cheng Jin Xiang atau lebih dikenali dengan NothingToSay di pentas dunia terus membuka mata kerajaan untuk menyalurkan pelbagai insentif untuk sukan berkenaan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini berkata, e-Sukan kini sudah menjadi fenomena baharu dalam kalangan anak muda

dan dilihat mempunyai prospek terbaik pembangunan sukan negara.

"Saya amat gembira apabila membaca berita bahawa terdapat atlet e-Sukan anak tempatan yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di kejohanan antarabangsa di Romania baru-baru ini.

"Kejayaan seperti ini adalah bukti bahawa negara kita mempunyai bakat-bakat muda yang perlu disokong dan digilap.

"Bagi mengiktiraf pencapaian atlet e-Sukan kelahiran Malaysia yang telah mengharumkan nama negara seperti NothingToSay, xNova, Mushi dan Oli, Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak,” katanya di Dewan Rakyat.

NothingToSay mewakili pasukannya yang berpangkalan di China, PSG.LGD menduduki tempat kedua di The International 2021 Dota 2.

Dengan kemenangan terbabit, lima pemain PSG.LGD akan membawa pulang AS$5.2 juta (RM21.7 juta).

Kejohanan International 2021 adalah pertandingan e-sukan dengan bayaran tertinggi dalam sejarah dengan hadiah berjumlah AS$40 juta (RM166 juta).

Jumlah wang kemenangan itu setanding dengan Wimbledon dan 10 kali lebih banyak daripada Tour de France.

Selain itu, dua lagi rakyat Malaysia, Thiay Jun Wen dan Chan Chon Kien adalah peserta mewakili kelab yang berpangkalan di China iaitu Invictus Gaming menduduki tempat keempat dalam The International 2021 sekali gus memenangi AS$2.4 juta (RM10 juta).

Seorang lagi peserta dari Malaysia, Ng Kee Chyuan adalah ahli Fnatic yang berpangkalan di United Kingdom terikat di kedudukan ke-9 hingga 12, sekali gus memperoleh AS$800,400 (RM3.3 juta).

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, bagi merancakkan pertumbuhan e-Sukan, RM20 juta disediakan bagi pembangunan e-Sukan kebangsaan termasuk 5 juta ringgit untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.

Pada Bajet 2021, kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk pembangunan e-Sukan negara. Klik di sini untuk terus membaca