KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sejumlah 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah menerima berita gembira apabila bakal mendapat bantuan khas kewangan bernilai RM700 sempena pengumuman Bajet 2022, petang Jumaat. Menteri Kewangan, Senator... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sejumlah 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah menerima berita gembira apabila bakal mendapat bantuan khas kewangan bernilai RM700 sempena pengumuman Bajet 2022, petang Jumaat.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan jumlah bantuan khas sebanyak RM200 berbanding tahun lalu adalah bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bantuan khas kewangan bernilai RM350 turut disalurkan kepada sejuta pesara kerajaan.

"Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

"Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

"Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2022, di Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul turut menjelaskan kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal dengan tujuan meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara bagi memastikan kemampanan fiskal dan menyokong kestabilan ekonomi makro.

"Seperti yang telah saya maklumkan, Kertas Konsultasi Awam berkenaan akta tersebut telah diterbitkan dan semua maklum balas konstruktif akandipertimbangkan untuk menambah baik draf yang sedang disediakan.

"Kerajaan bercadang untuk membentangkan akta ini pada tahun hadapan," katanya

Klik di sini untuk terus membaca