AWANG harap semua pihak ambil serius pendedahan Datuk Pandelela Rinong tentang gangguan seksual yang dialami. Tokoh Olimpik negara yang kita kagumi itu buat pendedahan mengejutkan melalui ciapan di Twitter, baru-baru ini.
Beliau mendakwa selama tujuh tahun terpaksa menderita akibat jenaka lucah oleh beberapa orang jurulatihnya.
Dalam satu kes, beliau tidak dapat bersabar lalu menegur perbuatan salah seorang daripada mereka. Akibatnya Pandelela dibuli. Jurulatih yang sama kemudiannya didakwa merogol seorang ahli sukan yang lain.
Menurut Pandelela, beliau terpaksa berkongsi ‘pengalaman yang kurang manis’ itu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang gangguan seksual dalam sukan.
Pada masa sama, beliau mahu menunjukkan sokongan moral kepada mangsa yang lain. Kata beliau lagi, tidak ramai mangsa yang berani ke hadapan untuk bersuara.
Awang kesal menteri yang bertanggungjawab soal kenapa ‘baru sekarang’ Pandalela membuat pendedahan itu.
Pada pendapat Awang, masa bukanlah isu utama dalam hal seperti ini. Seperti kata Pandalela, ‘orang lain mungkin lupa tapi mereka yang menjadi mangsa akan ingat sampai bila-bila’. Awang puji tindakan Pandelela. Kita nak tahu serius mana soal gangguan seksual yang terpaksa ditanggung atlet wanita negara.
Maka itu, Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya buat siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya. Gangguan seksual adalah isu yang sekarang sedang menggoncang dunia.
Klik di sini untuk terus membaca