SHAH ALAM - Ahli Dewan Negara, Senator Mohammad Zahid Md Arip membidas sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mempolitikkan asbab pertemuan beliau dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu program di Kampung Sungai Udang, Melaka pada Sabtu lalu.
Jelas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, perbuatan pihak berkenaan menularkan gambar dan video beliau mencium tangan Ahli Parlimen Pekan itu sewaktu menyambut kehadirannya,
Tambahnya, tindakan beliau menyambut dan mencium tangan Najib tidak wajar dijadikan isu kerana Mohammad Zahid sekadar menghormati hubungan peribadi antara mereka yang telah terjalin sekian lama.
Lebih penting, Mohammad Zahid turut berharap implikasi pertemuan itu akan dapat mengendurkan suhu bahang pilihan raya yang semakin memuncak antara UMNO dan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, ketika ini.
"Salahkah saya cium tangan Najib yang datang ke kampung saya? Sila tunjuk dalam Perlembagaan Bersatu, adakah saya tidak dibenarkan menunjukkan rasa hormat kepada beliau?" Memandangkan saya dengan Najib kini berada dalam satu kerajaan, saya juga hendak beri isyarat kepada penyokong parti UMNO dan Bersatu, kita kena matang dalam berpolitik.
"Saya juga berharap pertemuan itu dapat mengendurkan suhu bahang pilihan raya yang tegang antara UMNO dan Bersatu ketika ini," katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.
Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata demikian bagi mengulas rakaman video dan gambar beliau menyambut dan mencium tangan Mohd Najib yang tular dalam media sosial ketika ini.
Rakaman video dan gambar tular itu dipercayai dibuat selepas Mohammad Zahid menerima pelawaan Mohd Najib untuk hadir menyertai programnya di Kampung Sungai Udang, Melaka.
Berikutan itu, beberapa pemerhati politik termasuk segelintir pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN) menyindir tindakan Mohammad Zahid itu dan mengaitkannya dengan dakwaan beliau kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon PRN Melaka.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohammad Zahid menawarkan diri untuk bertanding menentang Mohd Najib di kerusi Parlimen Pekan, mewakili Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
Mengulas lanjut, Mohammad Zahid turut mengenepikan dakwaan berkenaan dan menegaskan tiada keperluan untuk beliau berebut menjadi calon pilihan raya.
Katanya, hal ini kerana beliau sudah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh parti ketika ini.
"Ramai tidak ingat saya adalah individu paling kuat menentang Najib di Pekan pada pilihan raya lalu, sedangkan pemimpin yang lain hanya berani bersuara dari jauh sahaja.
"Sekali pun saya penentang kuat beliau dahulu, tidak bermakna dari segi peribadi, saya tidak boleh berkawan dengannya kerana kami sama-sama berjiwa besar.
"Bagi saya, bergaduh macam mana pun dalam politik, jangan sampai kita tidak boleh berbudi bahasa sehingga membawa dendam peribadi," katanya.
Klik di sini untuk terus membaca