ADA orang komen bajet sudah jadi pesta tabur duit. Berbilion sana, berbilion sini, beratus juta sana, beratus juta sini, berpuluh juta sana, berpuluh juta sini. Kata Menteri Kewangan sasaran bajet kali ini adalah untuk pastikan... Klik di sini untuk terus membaca

ADA orang komen bajet sudah jadi pesta tabur duit.

Berbilion sana, berbilion sini, beratus juta sana, beratus juta sini, berpuluh juta sana, berpuluh juta sini.

Kata Menteri Kewangan sasaran bajet kali ini adalah untuk pastikan kesejahteraan rakyat, jamin perniagaan dapat bertahan dan berdaya saing dan ekonomi yang rancak.

Awang sokong sangat kesemua sasaran itu.

Tapi janganlah buat bajet macam beri ayam makan.

Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit, ada yang tak dapat langsung.

Ada yang suka, ada yang tidak. Ada yang kata sesuatu kumpulan tak patut dapat bantuan khas, ada yang kata patut.

Macam kakitangan kerajaan Gred 56 ke bawah yang dapat 'elaun makmur' RM700 seorang.

Kata orang kakitangan kerajaan paling 'selamat' semasa pandemik Covid-19. Mereka tak risau hilang kerja.

Mereka tak fikir dipotong gaji.

Kerja pun kurang, dalam setahun entah berapa hari di pejabat.

Peliknya mereka dapat bonus lagi.

Oleh sebab itu rata-rata orang anggap bajet ini "bajet durian runtuh” untuk pilihan raya.

Soal kesan pemberian itu tak pasti lagi. Kebocorannya tak tentu lagi.

Ada jabatan dapat peruntukan yang tak masuk akal banyaknya.

Soalan Awang, apakah RM332.1 bilion yang diperuntukkan untuk tahun 2022 itu telah difikirkan masak- masak?

Apakah ini bajet yang akan bantu pulihkan ekonomi?

Apakah bajet ini akan kembalikan kita pada landasan ekonomi yang betul?

Macam-macamlah kita dengar reaksi orang ramai tentang bajet ini.

Awang cuma nak dengar apa reaksi pembangkang dalam soal ini.

Maklumlah mereka dah ada MOU dengan kerajaan.

Jangan sampai tergamam terus untuk suarakan pandangan rakyat.

Klik di sini untuk terus membaca