AWANG bukanlah pandai sangat soal ekonomi dan pasaran saham.
Tapi Awang jengah-jengah juga apakah reaksi pasaran saham selepas pembentangan Bajet 2022.
Terkejut juga Awang dengan apa yang berlaku sehari dua ini.
Khabarnya sejumlah RM33.8 bilion terhakis dari nilai pasaran saham.
Ini babitkan syarikat utama atau syarikat blue-chips yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Maksudnya pasaran tak puas hati dengan beberapa cadangan dalam bajet itu.
Seingat Awang tak pernah pasaran saham bertindak begitu negatif pada pembentangan bajet negara.
Modal pasaran (market capitalization) merosot teruk. Pada hari Isnin lepas 991 syarikat yang tersenarai mengalami kejatuhan nilai.
Awang dimaklumkan punca utama reaksi negatif itu adalah cadangan Kementerian Kewangan nak kenakan "Cukai Makmur” pada syarikat yang buat untung besar.
Ini menyebabkan banyak syarikat melihat kemungkinan pendapatan mereka akan terjejas.
Awang faham ada syarikat dalam sektor membabitkan perubatan atau barangan perubatan yang buat untung besar semasa pandemik, macam pembuat pelitup muka atau sarung tangan.
Ada pandangan bahawa syarikat seperti ini patut dikenakan cukai tambahan selain cukai biasa.
Awang rasa pelik mengapa begitu sekali reaksi pasaran mengenai cadangan ini.
Patutnya syarikat sama-sama berkongsi "kemakmuran” yang mereka perolehi semasa kesusahan orang lain.
Tapi pasaran saham bukan tahu apa itu perikemanusiaan!
Klik di sini untuk terus membaca