Selepas berminggu-minggu bermain tarik tali tatkala perlu memilih antara dua 'kekasih', parti Pas akhirnya membuat keputusan pada 1 November lalu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri memaklumkan yang parti itu akan menggunakan... Klik di sini untuk terus membaca

Selepas berminggu-minggu bermain tarik tali tatkala perlu memilih antara dua 'kekasih', parti Pas akhirnya membuat keputusan pada 1 November lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri memaklumkan yang parti itu akan menggunakan logo gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini.

Keputusan tersebut walaupun bukanlah sesuatu yang mengejutkan namun ia pasti menjadi satu 'tamparan' buat UMNO memandangkan Pas dan UMNO terlebih dahulu mengikat janji menerusi Piagam Muafakat Nasional.

Tindakan Pas memilih PN berbanding UMNO turut menimbulkan tanda tanya apakah nasib dan masa depan Muafakat Nasional?

Dan menjelang penamaan calon pada 8 November ini, adakah PN dan BN mampu menyelesaikan perebutan kerusi di kawasan Melayu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Klik di sini untuk terus membaca