SHAH ALAM - Berjuta-juta pengguna lebuh raya bandar menyambut baik pengumuman Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang kerajaan kini dalam proses rundingan menurunkan kadar tol di 13 lebuh raya di Lembah Klang.Fadillah... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Berjuta-juta pengguna lebuh raya bandar menyambut baik pengumuman Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang kerajaan kini dalam proses rundingan menurunkan kadar tol di 13 lebuh raya di Lembah Klang.

Fadillah berkata, perkara itu antara tumpuan rundingan bersama membabitkan kementeriannya dengan tiga syarikat konsesi utama lebuh raya dalam bandar di Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Gamuda Berhad (Gamuda), Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan IJM Corporation Berhad (IJM).

Kata Ahli Parlimen Petra Jaya itu, setakat ini pihaknya sudah menerima cadangan daripada ketiga-tiga syarikat konsesi berkenaan yang menawarkan sama ada menurunkan atau menetapkan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi.

"Cadangan daripada tiga pemegang konsesi lebuh raya itu juga sudah dibawa ke mesyuarat Kabinet oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), semalam (kelmarin).

"Rundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya utama ini adalah bagi tujuan penetapan kadar tol baharu yang lebih rendah supaya tidak membebankan rakyat," katanya memetik sebuah portal.

Dalam pada itu, satu sumber pihak konsesi memaklumkan kepada Sinar Premium pihaknya masih belum mendapat maklumat penuh mengenai pengumuman oleh pihak menteri yang dilaporkan media pada pagi ini.

"Kami belum dapat info penuh lagi setakat ini, tetapi jika Kementerian Kerja Raya yang dah buat pengumuman mungkin betul dan jadilah," katanya.

Sinar Premium juga sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia mengenai cadangan tersebut.

Antara tol-tol yang terdapat di Lembah Klang ialah:

Senarai tol di bawah tiga syarikat konsesi yang terdapat di Lembah Klang.
GAMUDA PROLINTAS IJM
- Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT)

- KESAS Sdn Bhd (KESAS)

- Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART)

- Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP).
- Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

- Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE)

- Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

- Lebuh Raya Kajang SILK (SILK)

- Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)

- Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE)
- Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)

- New Pantai Expressway (NPE)

- Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)


FADILLAH
*

Dalam pada itu, ketika ditanya kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil adakah kemungkinan pengumuman itu adalah sekadar 'feel good factor' daripada pihak kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, beliau meminta cadangan tersebut dibentangkan ke Parlimen terlebih dahulu.

Katanya, apa-apa usaha untuk menstrukturkan semula kadar tol lebih baik dibawa berbincang dengan parti-parti politik dan ke Parlimen kerana kerajaan perlu membentangkan apakah terma serta syarat dipersetujui.

"Kita tidak mahu ia satu keadaan di mana hutang terpaksa ditanggung dan konsesi terpaksa dilanjutkan. Kita hendak baca terma dan syarat kerana janganlah ia nampak cantik untuk tempoh enam atau 12 bulan, tapi enam ke 12 tahun lagi rakyat kena tanggung teruk.

"Kalau syarikat A pegang konsesi untuk 50 tahun lagi, itu akan bagi kesan kepada kewangan kerajaan," katanya kepada Sinar Premium. Klik di sini untuk terus membaca