SHAH ALAM- Teka-teki siapakah calon yang akan bertanding mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini hampir terjawab susulan tersebarnya senarai nama 14 calon parti berkenaan baru-baru ini. Lebih menarik,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Teka-teki siapakah calon yang akan bertanding mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini hampir terjawab susulan tersebarnya senarai nama 14 calon parti berkenaan baru-baru ini.

Lebih menarik, terdapat sembilan orang calon ‘muka baharu’ yang telah diberikan pertimbangan oleh UMNO untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Salah seorang daripada calon muka baharu yang disebut-sebut iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Namun, beliau enggan memberi komen perihal dirinya yang dikatakan akan bertanding di bawah DUN Tanjung Bidara itu.

"Saya tidak tahu mengenai hal itu, apa-apa pun kita tunggu keputusan parti esok atau bila ada pengumuman rasmi,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun, Ab Rauf tidak menafikan bahawa terdapat banyak calon muda atau muka baharu yang akan mewakili UMNO pada PRN Melaka nanti.

"Betul memang banyak calon muka baharu. Saya tahu dalam pengetahuan saya tetapi saya masih tidak tahu sejauh mana kesahihannya, jadi kita kena tunggu esok,” katanya.

Selain itu, Ab Rauf turut berkongsi harapan beliau untuk UMNO dan berpandangan bahawa PRN Melaka pada kali ini merupakan cabaran besar untuk parti tersebut.

"Harapan saya untuk parti adalah kita mahu semua jentera bekerja dengan tenang dan kuatkan parti. Ini suatu cabaran besar,” katanya.

AB RAUF


Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira yang juga dikhabarkan sebagai salah satu calon muda bagi mewakili BN untuk DUN Rim setakat ini masih mengunci mulut mengenai senarai calon UMNO yang tersebar.

"Apa-apa sekalipun, kita patut tunggu sehingga esok. Biar parti yang buat keputusan dan saya tidak boleh bercakap mengenai perkara ini kerana tidak mahu melangkaui parti.

"Setakat ini, perkara ini sangat ‘crucial’ jadi untuk sebarang komen lebih baik tunggu sehingga esok atau selepas parti sudah umum,” katanya.

DIRA


Selain Ab Rauf dan Dira, antara calon muda muka baharu UMNO bagi PRN Melaka yang hangat diperkatakan ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Akmal Saleh (DUN Merlimau); Ahli MT UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Tangga Batu, Datuk Rais Yasin (Paya Rumput); Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu, Mohd. Fasarul Md. Isa (Sungai Udang); Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Telok Mas); Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan (Asahan); Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Pantai Kundor) dan Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah (Kuala Linggi).

Selain itu, lima calon lain adalah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (DUN Lendu); Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Ridhwan Tun Ali (Pengkalan Batu); Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Hasnoor Sidang Husin (Bukit Katil); Datuk Rahmad Mariman (Ayer Molek) dan Datuk Zaidi Atan (Serkam).

Namun, sejauh mana kesahihannya masih menjadi tanda tanya kerana keputusan nama calon-calon akan diketahui dan diumumkan oleh parti esok.

Senarai nama calon UMNO PRN Melaka yang tular baru-baru ini.
NAMA CALON KERUSI DUN
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (muka baharu Tanjung Bidara
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (muka Baharu) Pantai Kundor
Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali Lendu
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua Puteri Jasin, Khaidhirah Abu Zahar (calon muda, muka baharu) RIM
Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Akmal Saleh (calon muda, muka baru) Merlimau
Ahli MT UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Tangga Batu, Datuk Rais Yasin (calon muda, muka baharu) Paya Rumput
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu, Mohd. Fasarul Md. Isa (muka baharu) Sungai Udang
Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Ridhwan Tun Ali Pengkalan Batu
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Hasnoor Sidang Husin Bukit Katil
Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (muka baharu) Telok Mas
Datuk Rahmad Mariman Ayer Molek
Datuk Zaidi Atan Serkam
Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan (calon muda, muka baharu) Asahan
Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah (calon muda, muka baharu) Kuala Linggi
Klik di sini untuk terus membaca