PATUT sangat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan.
Alhamdulillah, akibat pembatalan Proklamasi Darurat di negeri itu pada 3 November lalu, maka PRN boleh diadakan dalam masa 60 hari. Terserahlah pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankannya.
Banyak orang bertanya mengapa PRN Melaka boleh diadakan sedangkan Sarawak tidak.
Sedangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dah habis tempoh bulan Jun lagi. Penangguhan terpaksa dibuat disebabkan Proklamasi Darurat yang tak sepatutnya dibuat di seluruh negara.
Sampai hari ini orang percaya darurat itu untuk selamatkan kerajaan mantan Tan Sri Perdana Menteri dan bukan untuk perangi Covid-19 atau tangani isu ekonomi.
Awang macam rakyat Malaysia yang lain risau juga tentang sebarang pilihan raya diadakan pada masa ini. Jumlah jangkitan harian masih tinggi. Ada kalanya turun di bawah 5,000 orang sehari tetapi naik semula.
Kita masih dalam bahaya jangkitan lebih besar. Buat masa ini ekonomi dan kegiatan lainnya sudah dibuka tetapi dengan SOP yang ketat.
Tangungjawab rakyat Melaka dan Sarawak adalah untuk memilih kerajaan negeri yang baharu. Ini tugas yang penting. Tapi jangan lupa apa yang berlaku di Sabah. Akibat PRN Sabah berlaku kenaikan angka jangkitan yang tak dapat dikawal.
Pihak yang memantau janganlah pilih bulu. Mana-mana pihak yang tak patuh pada SOP, ambillah tindakan.
Klik di sini untuk terus membaca