BAHASA perubahan iklim, melindungi alam sekitar dan kelestarian kini sedang berkumandang dalam setiap aspek kehidupan. Di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) serta semua organisasi yang memperjuangkan pembaharuan institusi, hak... Klik di sini untuk terus membaca

BAHASA perubahan iklim, melindungi alam sekitar dan kelestarian kini sedang berkumandang dalam setiap aspek kehidupan.

Di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) serta semua organisasi yang memperjuangkan pembaharuan institusi, hak asasi manusia, perdagangan antarabangsa atau isu-isu ekonomi, terdapat satu kesedaran bahawa semuanya sia-sia jika kita tidak memelihara planet ini.

Sebagai seorang pengarah di beberapa syarikat yang berkecimpung dalam pelbagai sektor, daripada pembuatan hingga perkhidmatan kewangan, saya telah melihat laporan tahunan bermegah dengan kelayakan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Sebahagian mengatakannya satu greenwashing (dakwaan mesra alam palsu) tetapi dalam kebanyakannya, sektor swasta lebih jauh terkedepan berbanding sektor kerajaan.

Walaupun para pemegang taruh berasa bimbang kesan terhadap untung rugi syarikat, mana-mana syarikat yang mengabaikannya akan dipulaukan, contohnya, plastik sekali guna tidak lagi digunakan di bilik mesyuarat dan persidangan.

Setiap bentuk kesenian sama ada filem, muzik, teater, tarian mahupun seni visual telah menggunakan bakat yang mereka ada untuk menyebarkan kesedaran tentang iklim.

Sebahagiannya menggunakan alatan, fabrik dan gaya tradisional untuk mengetengahkan hubung kait antara komuniti peribumi dan bumi, manakala sebahagian yang lain menggunakan bahasa inovasi untuk menunjukkan cara kita boleh hidup makmur pada masa hadapan.

Bagi saya, dokumentari-dokumentari David Attenborough merupakan jendela utama untuk melihat ketakjuban bumi ini dan kerisauannya tentang keadaan bumi yang semakin merosot melalui setiap penerbitan baharu.

Ramai daripada generasi Z, kesedaran mengenai iklim pada mereka adalah lebih jelas dan lebih menimbulkan kemarahan.

Satu naratif yang kuat adalah generasi ‘boomers’ telah mensia-siakan sumber planet ini dan satu tindakan pengganggu perlu diambil untuk memaksa perubahan.

Bagi generasi Z, terbang ke serata dunia hanya untuk menghadiri kenduri kahwin rakan, konsert istimewa atau percutian pendek adalah sesuatu yang tidak dapat diterima corak penggunaan, malah jangkaan piawaian hidup perlu berubah.

Mengguna pakai logik pergerakan hak asasi manusia yang lalu dan diwakili oleh aktivis, perarakan, mogok duduk serta mogok telah menjadi rutin dalam memperjuangkan dasar awam yang lebih hijau.

Satu kumpulan di Britain yang mahu kerajaan menebat semua rumah telah mengadakan sekatan jalan raya, lalu menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya apabila kenderaan-kenderaan kecemasan turut terganggu. Hal itu telah menyebabkan perbezaan pendapat dalam masyarakat.

TEKANAN AWAM

Sebagaimana yang telah diciap oleh Greta Thunberg: "Perubahan tidak akan datang daripada COP26 melainkan terdapat tekanan awam yang besar dari luar.” – merujuk kepada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) yang sedang berlangsung di Glasgow.

Ratu Elizabeth II ketika bertitah di hadapan pemimpin dunia berharap: "Buku sejarah akan mengingati kamu sebagai para pemimpin yang tidak melepaskan peluang.”

Sir David memfokuskan kepada jumlah karbon dalam atmosfera dengan berkata: "Generasi akan datang akan melihat kembali persidangan ini dan memikirkan satu perkara - adakah jumlah karbon berhenti meningkat dan menurun hasil daripada komitmen yang dibuat di sini?”

Negara-negara di dunia diminta agar mencapai sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2050 (beberapa orang aktivis mengatakannya sebagai tidak mencukupi), terdapat banyak politik dan geopolitik terlibat.

Ucapan berapi-api tuan rumah persidangan, Perdana Menteri, Boris Johnson dikritik sebagai hipokrit oleh pembangkang UK, manakala kritikan Joe Biden terhadap China dan Rusia dibantah oleh cabarannya sendiri dalam memperjuangkan dasar-dasar berkaitan iklim di kongres (menyemarakkan perbahasan mengenai sistem kerajaan yang paling sesuai untuk menyelamatkan bumi).

Ketika negara-negara pulau berasa susah hati nasib mereka, Perdana Menteri India, Modi telah berikrar untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2070.

Pihak lain telah menggariskan bahawa China telah melakukan lebih baik berbanding negara lain dari segi kereta api berkelajuan tinggi dan prasarana kenderaan elektrik.

Para peminat kenderaan elektrik (EV) di Malaysia meraikan insentif yang diumumkan dalam belanjawan, walaupun lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan pelepasan karbon perkapita Malaysia lebih rendah berbanding China.

Walaupun Perdana Menteri Malaysia tidak menghadiri COP26, ketua perwakilan negara, Datuk Seri Zaini Ujang (Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air) memaklumkan kepada saya bahawa kita turut terlibat secara mendalam dalam sesi rundingan.

Saya tahu ramai yang berada dalam kerajaan, di samping aktivis masyarakat sivil telah berusaha untuk memastikan Malaysia mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050, disertakan bersama Akta Perubahan Iklim yang sedang dalam perancangan.

Saya berharap agar Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) akan memainkan peranan penting dalam proses tersebut.

Tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan orang muda dan kemasukan mereka bersama Undi 18 serta pendaftaran pengundi automatik, institusi pendidikan akan mempunyai peranan yang penting.

Dalam artikelnya yang terkini, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Pengarah Eksekutif Pusat Kesihatan Planet Sunway telah mengundang pembaca untuk memberikan respons kepada seruannya dalam mencegah pandemik akan datang, menyelesaikan darurat perubahan iklim, mewujudkan bandar sihat, mencapai jaminan makanan dan mempromosikan ekonomi yang lebih adil.

"Kita merupakan sebuah negara kecil tetapi kita berkali-kali berjaya membuktikan kesungguhan kita,” simpulnya.

Semoga hasil perbincangan di COP26 akan membantu Malaysia kekal bertahan untuk kita muncul dengan penyelesaian tersendiri demi mencapai kemakmuran dan kelestarian.

Setiap bentuk kesenian, sama ada filem, muzik, teater, tarian, mahupun seni visual telah menggunakan bakat yang mereka ada untuk menyebarkan kesedaran tentang iklim.

* Tunku Zain Al-‘Abidin merupakan Presiden Pengasas IDEAS

Klik di sini untuk terus membaca