SHAH ALAM - Pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka memberi kelebihan kepada parti pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Kluster Tadbir Urus dan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka memberi kelebihan kepada parti pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pusat Pengajian Kerajaan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, pertembungan antara parti-parti dalam kerajaan sebenarnya memberi kelebihan kepada PH.

Ahmad Marthada

"Pertembungan tiga penjuru pasti akan membuat undi Melayu berpecah tiga dan apabila ini berlaku maka keupayaan UMNO dan Bersatu serta Pas untuk menang selesa akan menjadi sedikit sukar.

"Sebaliknya untuk parti PH mereka mempunyai kelebihan kerana sebelum ini kita dapati majoriti pengundi bukan Melayu akan menyokong PH.

"PH mungkin akan mendapat satu pertiga ditambah sebahagian undi bukan Melayu maka ia pasti memberi lebih peluang kepada PH untuk menang terutama di kawasan yang pada PRU14 penyandang menang dengan majoriti tipis," katanya kepada Sinar Premium.

Kata Ahmad Marthada, walaupun kesemua parti mempamer strategi masing-masing, UMNO dan DAP misalnya banyak meletakkan muka baru namun masih agak sukar untuk meramal keputusan PRN Melaka kali ini.

"Segalanya terletak kepada rakyat Melaka untuk memilih, pastinya semua ada pilihan calon masing-masing sama ada daripada UMNO, PN atau PH.

"Namun saya melihat pola pengundian dalam kalangan pengundi bukan Melayu akan tetap sama dengan mengundi PH cuma bezanya sejauh mana PN terutama Bersatu mampu untuk dapatkan lebih sokongan.

"UMNO pula secara tradisi mempunyai pengundi yang sentiasa memberikan sokongan tegar namun pengundi atas pagar, pengundi di bandar mereka ini pasti mempunyai kecederungan berbeza kerana Bersatu tidak lagi bersama PH.

"Kerana itu sukar untuk kita menjangka keputusan namun saya melihat peluang untuk PH dan UMNO menang masih 50/50 di kawasan pengundi majoriti adalah Melayu,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca