AWANG cuba nak bayangkan bagaimana Tuk Seri Perdana Menteri nak berkempen di Melaka. Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, parti-parti dalam kerajaannya berlawan sesama sendiri.
Beliau daripada UMNO yang kuasai Barisan Nasional (BN). BN akan menentang Perikatan Nasional (PN) yang dua parti di dalamnya, Bersatu dan Pas adalah sebahagian daripada kerajaan.
Memang amat pelik aturan itu. Agaknya UMNO nak tengok sekuat mana sokongan rakyat pada parti itu kali ini.
Ini keputusan MT yang tak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan Pas. Agaknya ini ujian pertama untuk hadapi Pilihan Raya Umum (PRU).
Kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan ditandingi oleh BN, PN dan PH. Jadi yang pasti di 28 DUN itu akan ada pertandingan antara mereka.
Bagaimanapun selain tiga gabungan besar itu ada calon-calon lain yang akan memeriahkan suasana. Hanya di 11 DUN akan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Di sembilan DUN yang lain ada pertandingan empat penjuru, di lima DUN ada pertandingan lima penjuru dan di tiga DUN berlawan enam penjuru.
Awang setuju dengan banyak pihak bahawa UMNO dan BN buat keputusan yang silap kali ini. Awang percaya Tuk Seri Perdana Menteri tidak setuju dengan aturan itu, tapi apakan daya itu keputusan partinya.
Lagipun beliau bukan Presiden UMNO. Mungkin Presiden UMNO begitu yakin bahawa aturan itu akan janjikan kemenangan UMNO dan BN. Atau akan menyebabkan UMNO dan BN kalah teruk kali ini.
Klik di sini untuk terus membaca