CENCALOK seram betul bila dengar berlaku kes positif Covid-19 melibatkan sekumpulan mahasiswa yang menghadiri program parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung sekarang ini. Walaupun prosedur operasi... Klik di sini untuk terus membaca

CENCALOK seram betul bila dengar berlaku kes positif Covid-19 melibatkan sekumpulan mahasiswa yang menghadiri program parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung sekarang ini.

Walaupun prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh berkempen melarang himpunan atau program, Cencalok percaya banyak program dalaman parti yang dibuat.

Tidak kiralah acara besar atau kecil, sekurang-kurangnya, pasti ada acara makan-makan dan ketika itulah pelitup muka untuk mencegah jangkitan dibuka dan menambahkan lagi risiko.

Bagi Cencalok, tak patutlah kalau orang-orang politik buat acara sorok-sorok sebab takut kena kompaun, sedangkan SOP dibuat adalah untuk elakkan jangkitan Covid-19.

Cencalok harap semua orang yang terlibat dengan PRN ni fikirlah mana yang baik sebab kita semua tak mahu PRN ni jadi punca jangkitan lebih besar.

Satu perkara penting lagi, SOP juga sudah tetapkan agar semua jentera parti dan calon-calon PRN menjalani ujian RTK kendiri setiap dua hari sepanjang kempen berlangsung.

Bab ini pun kenalah jujur dan pastikan mana-mana yang terlibat buat seperti yang disarankan.

Cencalok 'respek' betul parti atau calon yang titik beratkan hal ini. Itu barulah betul mahu nak jaga orang Melaka.

Klik di sini untuk terus membaca