Sasterawan dan Budayawan Negara, Dr Lim Swee Tin berkata, Daken 2021 itu memperlengkapkan dasar yang sedia ada dengan pelbagai penambahbaikan menurut peredaran zaman dan perkembangan semasa serta pencapaian terkini termasuk cabaran era akan datang.
"Dasar ini juga digubal atau didokumentasikan dengan lengkap kerana sudah ada perubahan yang banyak dalam negara kita termasuk penubuhan pelbagai agensi dan kementerian baharu yang boleh menangani soal kebudayaan ini dengan lebih bersungguh-sungguh meluas dan lengkap.
"Jadi itu lah yang saya katakan sebagai satu dokumen yang lebih sempurna yang lebih tuntas yang dapat digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat dari orang biasa sehingga kepada peringkat kerajaan dan pentadbiran.
"Sepatutnya tidak timbul Daken 2021 ini cuba memadamkan dasar kebudayaan kebangsaan yang didukung kita sebelum ini,” katanya dalam program Sinar Live yang bertajuk Do I Look Stupid If I Speak Malay? Pada Jumaat.
Selain itu, Swee Tin berkata, sebagai sebuah negara hebat, maju dan melangkah ke era yang moden kita pun perlu melangkah ke hadapan.
Tambahnya, jika diteliti dalam Daken 2021 itu banyak penambahbaikan yang diperincikan dan kata kunci bahawa tiada sesiapa pun yang akan terlepas atau tertinggal merupakan langkah yang baik.
"Dari sebesar-besar warisan kita budaya kita sehingga kecil-kecil dalam kelompok etnik sahaja pun diambil kira dan diberi perhatian dan disungguhkan kemajuan dan pencapaian.
"Jadi ini usaha kerajaan yang sangat baik bagi saya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Daken 2021 itu disebut dengan jelas bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan kedudukannya juga jelas termaktub dalam Perlembagaan.
"Ada tiga teras yang diberi penekanan iaitu warisan, bahasa dan kesusasteraan yang diberikan penekan dan perincian yang sungguh-sungguh dalam dokumen tersebut," jelasnya. Klik di sini untuk terus membaca