AWANG terkejut dengan jumlah penjawat awam yang belum divaksinasi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuk Latiff Ahmad beritahu terdapat sejumlah 28,000 penjawat awam yang tak ambil vaksin.
Walaupun peratusnya kecil berbanding jumlah keseluruhan kakitangan awam, tapi hal ini tak patut berlaku.
Apakah muslihat mereka tak berbuat demikian? Kakitangan awamlah yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Mereka adalah agen kerajaan.
Lagi pun Jabatan Perkhidmatan Awam sudah wajibkan semua kakitangan kerajaan ambil vaksin sejak 1 November.
Ada di antara mereka yang berurusan terus dengan orang ramai. Mereka juga bekerja bersama-sama kawan sepejabat. Sekiranya mereka tidak divaksin, tentulah timbul banyak masalah.
Bukan sahaja orang ramai curiga nak berurusan dengan mereka tetapi akan menakutkan kawan-kawan sekerja.
Kata Tuk Latiff, kerajaan akan keluarkan surat tunjuk sebab pada mereka. Awang cadangkan tindakan lebih keras. Jangan benarkan mereka yang enggan divaksin berurusan dengan orang ramai.
Pastikan orang ramai tahu siapa mereka. Arahkan mereka pakai tag yang mengatakan mereka tidak divaksin.
Mana-mana jabatan yang kakitangannya masih enggan divaksin patut ditutup atau mereka yang terlibat tidak dibenarkan bertugas. Itu sahaja cara untuk mengajar mereka. Syarat untuk restoran dibuka adalah petugasnya sudah sepenuhnya divaksin. Inikan pula pejabat kerajaan.
Klik di sini untuk terus membaca