AWANG angkat tabik pada Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap dalam Bahasa Melayu di Glasgow, Scotland. Beliau berbuat demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG angkat tabik pada Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap dalam Bahasa Melayu di Glasgow, Scotland.

Beliau berbuat demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau sedang mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan antarabangsa berkaitan alam sekitar yang bermula dari 31 Oktober hingga 12 November ini.

Ada juga pihak yang menyindir menteri Pas tak fasih Bahasa Inggeris. Ada yang gunakan kes itu untuk buktikan bahawa kualiti bahasa itu begitu merosot di negara ini hingga pemimpin kita terpaksa guna Bahasa Melayu.

Pada pendapat Awang soal kemampuan berbahasa Inggeris satu hal lain. Bagi Awang bagus sangat pemimpin kita guna bahasa sendiri dalam persidangan antarabangsa.

Kita ada bahasa kebangsaan. Kenapa malu nak gunakan bahasa kita di pentas global?

Awang yakin pemimpin dari Indonesia, Jepun, Korea, China dan banyak negara lain lebih rela gunakan bahasa sendiri di pentas antarabangsa. Mereka banyak yang fasih dalam Bahasa Inggeris.

Langkah Tuan Ibrahim itu patut sangat dicontohi oleh pemimpin lain. Awang harap Tuk Seri Perdana Menteri akan berucap di PBB dalam bahasa kita apabila ada peluang nanti. Beliau pasti akan banggakan rakyat kita.

Awang lebih malu pemimpin kita terkial-kial bercakap dalam bahasa asing dan jadi bahan persendaan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Klik di sini untuk terus membaca