BUKAN main susah lagi calon-calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hendak berkempen disebabkan oleh prosedur operasi standard yang sangat ketat. Memang eloklah pihak berkuasa buat macam tu, khabarnya ada beberapa bilik gerakan... Klik di sini untuk terus membaca

BUKAN main susah lagi calon-calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hendak berkempen disebabkan oleh prosedur operasi standard yang sangat ketat.

Memang eloklah pihak berkuasa buat macam tu, khabarnya ada beberapa bilik gerakan terpaksa ditutup kerana ada yang didapati positif Covid-19.

Apa yang kita bimbang selama ini nampaknya sudah berlaku, malah kes-kes penyakit yang amat menakutkan itu pun semakin meningkat.

Yang rugi nanti calon yang bertanding kerana jentera parti terpaksa dikuarantin. Jadi elok teruskan sahaja rancangan kempen secara dalam talian walaupun tidak berapa nak menjadi.

Cencalok dengar-dengar cerita, semua kem sekarang tak berapa 'confident' untuk mendapat sekurang-kurangnya 15 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Ada mengatakan pengundi-pengundi yang tinggal di Singapura sukar untuk pulang, malah pengundi daripada luar Melaka juga keberatan untuk melakukan perkara yang sama kerana pilihan raya tersebut tidak sama seperti pilihan raya umum.

Kalau ikut perkiraan, ada kemungkinan parti-parti ini nanti terpaksa bekerjasama antara satu sama lain untuk menubuhkan kerajaan.

Cuma yang tak seronoknya, sekarang masing-masing sedang bercakaran dan mengejek sesama sendiri,.

Nanti kalau dah tiada majoriti orang tua-tua bilang, 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' dan ajak berbaik semula.

Malu memang malu, tetapi itulah dunia politik tempatan. Hari ini bergaduh tetapi esok boleh minum teh bersama sambil bergurau senda.

Klik di sini untuk terus membaca