NAMPAKNYA keluhan calon-calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kempen untuk mudahkan mereka dekati pengundi... Klik di sini untuk terus membaca

NAMPAKNYA keluhan calon-calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kempen untuk mudahkan mereka dekati pengundi tidak dilayan.

Bagi Cencalok, semua pihak yang mengharapkan perkara itu berlaku mungkin sudah boleh berhenti berharap kerana bukan saja-saja SPR dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapkan SOP itu.

Namun, dalam pada tidak boleh itu dan ini, pergerakan calon-calon ini tetap masih ada. Berjemaah bersama kariah masjid dan surau antara pergerakan tetap yang tersenarai.

Tapi yang tidak sedapnya, Cencalok dapat tahu ada jemaah yang kurang senang apabila calon-calon YB ini tidak menitik beratkan SOP.

Serba salah dibuatnya selesai solat, calon hulur tangan bersalam. Cencalok harap dalam pada nak beramah mesra dengan pengundi, calon-calon PRN Melaka ini beringat-ingatlah sama kebimbangan dan ketidakselesaan orang lain.

Satu perkara lagi Cencalok nak sentuh, ketika parti-parti utama sudah mula menonjolkan komitmen menjamin kepimpinan yang berkualiti, ada sumber beritahu ada calon daripada salah satu parti pernah ada sejarah dibuang kerja kerana pecah amanah.

Cencalok harap kalau benar perkara ini, calon tu sudah dapat pengajaran dan tidak akan ulang perangai buruk tu lebih- lebih lagi kalau dapat jadi wakil rakyat nanti.

Ingat ya, perangai tak elok ni bukan orang Melaka saja tak suka.

Klik di sini untuk terus membaca