SHAH ALAM - Peniaga kedai aksesori kenderaan mengakui lampu High Intensity Discharge (HID) boleh mengganggu penglihatan, sekali gus menyukarkan pemanduan pengguna jalan raya lain. Tinjauan Sinar Harian mendapati, para peniaga di kedai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Peniaga kedai aksesori kenderaan mengakui lampu High Intensity Discharge (HID) boleh mengganggu penglihatan, sekali gus menyukarkan pemanduan pengguna jalan raya lain.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, para peniaga di kedai aksesori kenderaan hanya menjual lampu depan kenderaan jenis Light Emitting Diode (LED), manakala lampu HID pula dijual secara dalam talian.

Seorang peniaga kedai aksesori kenderaan yang enggan dikenali berkata, kebanyakan kedai aksesori sudah tidak menjual lampu HID kerana ia dianggap ketinggalan zaman.

Menurutnya, lampu LED lebih popular berbanding HID kerana ia tahan lama.

"Lampu LED putih ada jual dalam harga sekitar RM100 sehingga RM200 untuk satu set sekali pasang.

Antara jenama lampu LED yang dijual oleh peniaga di kedai aksesori kenderaan.

"Kita tak jual lampu HID. Ia satu kesalahan kalau kita jual,” katanya di sini pada Jumaat.

Seorang lagi peniaga kedai aksesori kenderaan pula berkata, kedua-dua lampu HID dan LED amat terang dan boleh menyebabkan silau.

Namun katanya, ketinggian boleh diselaraskan supaya cahaya lampu itu tidak mengganggu penglihatan pengguna jalan raya.

"Lampu HID atau LED sama saja, memang akan sakit mata tetapi kita boleh selaraskan cahaya lampu itu,” ujarnya.

Katanya, meskipun lampu HID terang berbanding LED, bagaimanapun ia sering bermasalah dan tidak tahan lama.

Salah satu kedai aksesori kenderaan di kawasan Shah Alam.

"HID merupakan jenis model lampu yang selalu terbakar atau rosak. Saya ada simpan sedikit stok lama tetapi bila habis, kita tidak jual dah,” katanya.

Untuk rekod, lampu HID dijual sekitar harga RM15 sehingga RM150 melalui platform dalam talian dan media sosial.

Salah seorang peniaga melalui perkongsian gambar dalam platform tersebut menganggarkan spesifikasi asal lampu HID dijangka boleh menerangi kawasan sehingga 60 meter berbanding lampu asal halogen iaitu 30 meter.

Klik di sini untuk terus membaca