SHAH ALAM - Penguatkuasaan undang-undang berhubung kesalahan penggunaan lampu High Intensity Discharge (HID) perlu diperketat bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Dr Law Teik Hua berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penguatkuasaan undang-undang berhubung kesalahan penggunaan lampu High Intensity Discharge (HID) perlu diperketat bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Dr Law Teik Hua berkata, kebanyakan pemandu di negara ini sudah mengetahui kesan buruk penggunaan lampu HID itu kepada pengguna jalan raya lain, namun masih tetap melakukan kesalahan berkenaan.

"Saya rasa semua orang tahu bahawa cahaya daripada lampu HID itu terlalu terang dan silau sampai mata tidak boleh buka.

"Jadi semua orang memahami perkara tersebut. Tetapi saya rasa mereka ini mementingkan diri sendiri serta ambil mudah terhadap perkara tersebut,” katanya.

Pensyarah di Universiti Putra Malaysia itu berkata, kerajaan wajar ketengahkan isu penggunaan lampu HID pada ketika ini kerana topik membabitkan keselamatan jalan raya merupakan antara isu hangat yang sering diperbincangkan oleh masyarakat.

"Kita patut ketengahkan isu ini supaya undang-undang yang dilaksanakan boleh dipertingkatkan lagi,” ujarnya.

Teik Hua berkata lagi, saman boleh dikenakan sama ada kepada pemandu atau syarikat pembuatan kenderaan itu sendiri.

Klik di sini untuk terus membaca