Jualan pizza di sebuah premis di bandar yang menjadi tempat tinggal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Wilmington, Carolina Utara, AS menjadi terlalu mahal sehingga pengurusnya menganggap ia tidak mampu dibeli oleh penduduk di... Klik di sini untuk terus membaca

Jualan pizza di sebuah premis di bandar yang menjadi tempat tinggal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Wilmington, Carolina Utara, AS menjadi terlalu mahal sehingga pengurusnya menganggap ia tidak mampu dibeli oleh penduduk di negara itu.

Di sebuah kedai penjualan kereta yang selalu dilalui oleh rombongan Biden ketika pulang ke bandar tersebut, jurujual-jurujualnya pula berdepan dengan masalah untuk menyediakan stok kenderaan baharu.

Ini kerana kenaikan harga minyak yang mendadak.

Baru-baru ini, purata harga minyak di California dilaporkan meningkat kepada AS$4.65 (RM19.35) untuk kira-kira 3.78 liter iaitu harga tertinggi sejak Oktober 2012.

Menurut Naib Presiden sebuah pusat penjualan kereta Union Park Automotive, Jim Ursomarso, kini setiap hari dianggap sebagai hari baharu dalam dunia perniagaan dan ekonomi di negara tersebut.

Menurut indeks harga piza pada bulan Ogos lalu, harga piza paling mahal ialah di Eau Claire, Wisconsin yang secara purata mencatatkan harga AS$15.01 (RM62.46) manakala harga piza peperoni paling murah ialah di Virginia Beach iaitu AS$6.26 (RM26.05).

Gelombang inflasi melanda negara itu pada tahun ini selepas vaksin Covid-19 berjaya membantu perniagaan-perniagaan AS dibuka kembali dan para pelanggan berbelanja dengan aktif.

Namun harga barangan pengguna yang tinggi juga dirasakan di negeri Delaware yang mana para pengundinya telah memberikan kemenangan kepada Biden dalam pilihan raya Presiden AS pada tahun lalu.

Bagaimanapun, pemilik-pemilik perniagaan di negeri tersebut berdepan dengan masalah kenaikan harga barangan yang melonjak tinggi.

Kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan selepas Amerika Syarikat mengalami pemulihan ekonomi. - Foto AFP


Seorang pemilik bersama kedai makanan Serena's Soulfood, Serena Kelley Jefferson di negeri itu yang mana ibunya pernah memasak makanan untuk Biden berkata, beliau terpaksa menarik semula menu bebola ketam kerana harganya yang terlalu mahal untuk para pelanggannya.

Sebenarnya, kadar inflansi telah diramalkan meningkat selaras dengan pemulihan ekonomi dan selepas penularan Covid-19 dapat dibendung melalui program vaksinasi di negara tersebut.

Namun, satu laporan daripada Jabatan Buruh AS menyatakan harga indeks pengguna pada bulan lalu menunjukkan lonjakan kenaikan terbesar dari tahun ke tahun dalam tempoh lebih tiga dekad.

Pada tahun ini, kenaikan harga yang teruk berlaku pada sejumlah barangan seperti kereta terpakai dan tiket penerbangan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif United Airlines, Scott Kirby pernah menyatakan bahawa para pelanggan boleh menjangkakan kenaikan harga tiket kapal terbang berikutan kenaikan harga minyak.

Harga minyak mentah Brent merosot AS$0.45 sen ( RM1.87) kepada AS$81.72 (RM340.08) satu tong pada Isnin lalu.

Walaupun merosot, Presiden Rusia, Vladimir Putin pernah menyatakan pada Oktober lalu bahawa kemungkinan harga minyak mentah sebanyak AS$100 (RM416.15) setong boleh dicapai ekoran permintaannya yang tinggi.

Namun, data-data baharu menunjukkan kenaikan harga barangan turut berlaku pada barangan runcit di AS.

Sudah bertahun-tahun inflasi di AS tidak pernah mengalami lonjakan besar seperti kali ini.

Kenaikan besar inflasi itu adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Ia disebabkan penghantaran rantaian bekalan barangan yang perlahan di seluruh dunia dan lonjakan harga minyak selepas mencatatkan penurunan akibat ketiadaan permintaan semasa pandemik Covid-19. - Agensiv

Klik di sini untuk terus membaca