SHAH ALAM - Ketiadaan penarafan status sebagai pekerja industri bererti tiada peruntukan dalam undang-undang sekali gus menidakkan hak pekerja ekonomi gig untuk mendapat manfaat daripada syarikat tempat mereka berkhidmat. Presiden Persatuan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketiadaan penarafan status sebagai pekerja industri bererti tiada peruntukan dalam undang-undang sekali gus menidakkan hak pekerja ekonomi gig untuk mendapat manfaat daripada syarikat tempat mereka berkhidmat.

Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali berkata, disebabkan penarafan itu di bawah klausa partner (rakan kongsi) maka terdapat situasi tidak jelas yang melepaskan penyedia platform gig daripada membayar perlindungan seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Buat masa ini tiada keadilan buat pekerja ekonomi gig dari segi perlindungan sebagai seorang pekerja.

"Situasi ini memerlukan campur tangan kerajaan namun, bila bercakap tentang ekonomi gig kerajaan mengambil pendekatan pasaran terbuka.

"Ia bermaksud tiada ketetapan garis panduan total yang mengawal sektor tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.Ujar Arif Asyraf, perlu ada titik tengah bagi mendapatkan situasi menang-menang antara syarikat dan pekerja gig.

"Sekurang-kurangnya perlu ada caruman minimum barulah dikira adil namun jika syarikat tentukan partner itu perlu bekerja untuk beberapa tempoh masa sebelum layak mendapat perlindungan, kita faham kerana syarikat pun perlu menjana pendapatan untuk membuat pembayaran caruman perlindungan,” katanya.

Kata Arif Asyraf yang mengetuai persatuan dianggotai 500 orang ahli seluruh Malaysia itu, tidak seperti penghantar makanan, kerajaan ada menawarkan caruman percuma selama setahun tetapi untuk pemandu e-hailing tiada sebarang peruntukan, hanya bantuan secara sekali bayar.

Klik di sini untuk terus membaca