JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) patut buat lebih banyak daripada sekadar pantau lampu jenis High Intensity Discharge (HID) yang tak ikut spesifikasi.
Nampaknya pengguna jalan raya sekarang bebas buat apa saja. Awang tengok lampu kelip yang digunakan oleh ambulans dan polis pun dipasang orang.
Itu tak masuk aksesori kereta yang pelik berleluasa penggunaannya. Ada hon yang bunyi macam-macam. Ada kenderaan yang dah tak ikut spesifikasi asal.
JPJ juga nampaknya utamakan hal macam lesen memandu dan cukai jalan. Jarang pegawai JPJ cek tayar kenderaan yang dah botak dan berbahaya. Tak pernah pun JPJ cek brek kereta. Semua itu lebih berbahaya bagi kenderaan dan pengguna jalan raya.
Awang setuju dengan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang mahu kerajaan kuatkuasakan undang-undang untuk halang penjualan lampu HID.
Apabila lampu HID yang tak ikut spesifikasi digunakan dan boleh jadi punca kemalangan, kita mula cari salah siapa.
Klik di sini untuk terus membaca