PADA pendapat Awang memang wajar mahkamah jadi pilihan terakhir untuk tuntut hutang daripada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).
Menteri Pengajian Tinggi, Tuk Seri Noraini Ahmad mengetahui masalah yang dihadapi oleh peminjam PTPTN masa ini.
Banyak yang hilang kerja. Banyak pula yang belum dapat kerja. Sekarang zaman susah. Kita masih dalam pandemik Covid-19.
Memang Awang faham banyak peminjam yang tak bayar hutang mereka.
Menurut PTPTN, setakat 30 September tahun ini seramai 2.4 juta peminjam menamatkan pengajian mereka.
Sepatutnya PTPTN dah dapat kutip balik RM24.6 bilion. Tapi setakat ini hanya 77 peratus yang bayar balik.
Ada kekurangan RM9.1 bilion yang patut dibayar.
Awang tahu banyak juga peminjam yang tak bertanggungjawab.
Tapi banyak juga yang tak dapat buat bayaran balik disebabkan pelbagai faktor.
Pada Jun lalu, PTPTN ada berikan moratorium secara bersasar selama tiga bulan untuk peminjam.
Ini satu contoh yang baik dan boleh diteruskan oleh PTPTN.
Klik di sini untuk terus membaca