SHAH ALAM - Syarikat penghantaran makanan dalam talian terkenal, Foodpanda menyediakan pelbagai manfaat yang melindungi kebajikan rakan penghantar mereka. Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan berkata, antara manfaat yang... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Syarikat penghantaran makanan dalam talian terkenal, Foodpanda menyediakan pelbagai manfaat yang melindungi kebajikan rakan penghantar mereka.

Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan berkata, antara manfaat yang Foodpanda Malaysia sediakan untuk rakan penghantar kami termasuk Skema Insurans yang meliputi kemalangan dan kematian sehingga RM250,000 serta Skema Insurans Covid-19.

Selain itu, beliau memaklumkan pihaknya turut menyediakan perlindungan takaful tambahan di mana di bawah pelan takaful ini pihaknya menyediakan perlindungan sekiranya terjadi situasi-situasi yang tidak diduga.

Sementara itu katanya, FWD Takaful pula memberikan bantuan khairat kematian dan badal haji untuk orang Islam atau derma kepada badan kebajikan untuk orang bukan Islam kepada peserta FWD Kasih.

"Seterusnya, Foodpanda Malaysia juga menyediakan Pinjaman Micro di mana kami telah bekerjasama dengan pihak Aspirasi untuk menyediakan pinjaman mikro untuk rakan penghantar.

"Untuk informasi lanjut mengenai ini, sila klik Aspirasi X Foodpanda,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu katanya, manfaat lain yang disediakan termasuk pelan telefon dan telefon bimbit khas untuk rakan penghantar, servis sanitasi beg percuma, tawaran minyak hitam dan pelbagai lagi.

Ditanya sama ada ekonomi gig mempunyai masa depan cerah di Malaysia, foodpanda menzahirkan rasa optimis.

"Pada pendapat kami, ekonomi gig adalah sebahagian penting dari sumber ekonomi Malaysia dan memainkan peranan penting sebagai salah satu jenis pekerjaan masa depan.

"Oleh kerana pekerjaan ekonomi gig mempunyai tahap kemasukan yang lebih rendah bersama fleksibiliti masa, ini membolehkan penyertaan ramai isi rumah untuk meningkatkan tenaga kerja dan mewujudkan faedah untuk pekerja dan ekonomi negara," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca