CENCALOK kagum dengan komitmen dan ketegasan pihak berkuasa yang tidak benarkan sebarang program-program rasmi kerajaan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.
Dengan kekangan tersebut, parti-parti lawan pun amat gembira. Mereka kata, inilah persaingan yang sihat.
Bagaimanapun, menteri-menteri yang ada jawatan penting dalam parti politik yang bertanding ni, tetap turun ke Melaka bagi membantu calon-calon mereka.
Cuma yang tidak enaknya, Cencalok ada dengar calon-calon ini merungut jadual kempen mereka terganggu kerana ikut serta rombongan menteri.
Bagi Cencalok, calon belum tentu menang lagi sebab itu mereka perlukan sokongan ‘abang dan kakak’ turun padang membantu.
Walaupun begitu, bagi Cencalok, impak kehadiran menteri-menteri ini tidaklah begitu besar kerana tiada sebarang pengumuman ‘gula-gula pilihan raya’. Yang ada, hanya fokus dasar parti dan juga penjelasan isu-isu semasa.
Pada kebiasaannya, memang banyak peruntukan akan diumumkan oleh kerajaan pusat. Jadi nampaknya, jika menteri-menteri ini hadir menjadi ‘gula-gula pilihan raya’ pada PRN Melaka ini pun, sudah tidak ‘berperisa’. Mereka ada atau tiada, perisanya tetap sama.
Ini berlaku kerana pertama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberikan amaran kepada semua calon bertanding termasuk mana-mana yang terlibat dengan PRN untuk tidak cuba melakukan rasuah demi memancing undi kerana ia bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Perkara kedua ialah PRN tersebut berhadapan dengan satu dilema iaitu Perdana Menteri adalah daripada Barisan Nasional (BN). Ia menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berada dalam keadaan serba salah.
Buat pertama kali dalam sejarah, parti yang sama dalam kerajaan bersaing sesama sendiri. Ismail Sabri perlu bertindak secara adil dan saksama kerana dalam kerajaan Keluarga Malaysia ada Perikatan Nasional.
Tambah unik, Ismail Sabri juga ada Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang perlu dipertahankan.
Klik di sini untuk terus membaca