HARI ini adalah hari penentuan bagi negeri Melaka. Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini besar sekali taruhannya. Ia perang gajah sama gajah. Awang yakin, tak ada pelanduk yang akan mati di tengah-tengah, tapi akan ada gajah yang akan... Klik di sini untuk terus membaca

HARI ini adalah hari penentuan bagi negeri Melaka.

Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini besar sekali taruhannya. Ia perang gajah sama gajah. Awang yakin, tak ada pelanduk yang akan mati di tengah-tengah, tapi akan ada gajah yang akan tersungkur.

PRN ini pelik disebabkan banyak perkara. Ia kes orang Barisan Nasional (BN) tumbangkan kerajaan BN negeri. Ada pula cadangan untuk orang UMNO pimpin negeri dengan sokongan PH, tapi UMNO lebih rela buat PRN khabarnya.

PRN ini letakkan Tuk Seri Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, mana tidaknya, parti sekelambu bertarung sesama sendiri.

PRN kali ini jadi lebih menarik oleh sebab Datuk Seri Idris Haron, mantan Ketua Menteri daripada UMNO bertanding dengan logo parti Pakatan Harapan (PH). Tak cukup dengan itu, mantan Gabenor negeri dilihat bersama-sama calon PH. Tun mantan Gabenor pernah jadi Menteri Besar Pahang 13 tahun. Beliau terang-terang nampak menyokong calon Ketua Menteri (KM) PH.

Lagi menarik mantan Ketua Menteri yang dijadikan alasan empat ahli Dewan Undangan Negeri jatuhkan kerajaan negeri jadi calon BN.

Agak memeranjatkan Perikatan Nasional (PN) kemukakan calon wanita sebagai Ketua Menteri. Kalau PN menang, maka Melaka akan dapat KM wanita pertama, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin. Itu skop bagi PN.

Agaknya oleh sebab itu PN namakan calon KM pada saat-saat akhir.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Klik di sini untuk terus membaca