HARI ini akan jadi penentu kerajaan mana yang akan memimpin Negeri Melaka untuk lima tahun akan datang. Tiga parti besar yang bertanding, iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) juga telah mengumumkan... Klik di sini untuk terus membaca

HARI ini akan jadi penentu kerajaan mana yang akan memimpin Negeri Melaka untuk lima tahun akan datang.

Tiga parti besar yang bertanding, iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) juga telah mengumumkan calon Ketua Menteri Melaka mereka.

Jadi, terpulang kepada baki 482,549 daripada jumlah keseluruhan 495,195 pengundi yang diberi tanggungjawab bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang hari ini untuk memilih.

Sama ada bersandarkan parti, atau calon ketua menteri. Paling penting, perlu turun beratur dan pangkah kertas undi. Cencalok harap, orang Melaka dapat jadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini benar-benar #MelakaMemilih.

Jangan jadikan PRN ini sekadar undi daripada orang-orang berparti. Buktikan bahawa suara sebenar orang Melaka masih belum mati.

Cencalok percaya, rakyat juga punya emosi. Jika PRN ini ibarat medan selera asam pedas, pilihlah ikut selera sendiri.

Mahu bungkus parti jadi belacan atau mahu botolkan calon jadi cencalok, pilihlah elok-elok.

Akhir sekali, Cencalok berharap sesi pembuangan undi hari ini lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan Covid-19.

Cencalok mengucapkan selamat mengundi kepada semua dan salam hormat. Hingga kita ketemu lagi...

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Klik di sini untuk terus membaca