MELAKA - Keputusan undian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang secara rasminya berakhir jam 5.30 menunjukkan debaran kian dirasai. Berdasarkan keputusan tidak rasmi melibatkan undi awal, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di... Klik di sini untuk terus membaca

MELAKA - Keputusan undian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang secara rasminya berakhir jam 5.30 menunjukkan debaran kian dirasai.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi melibatkan undi awal, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di lihat mendominasi beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan awal yang kebanyakannya terdiri daripada undi polis dan tentera yang memilih pada 16 November lalu.

Di DUN Ayer Keroh, BN meraih 333 undi awal dan PN meraih 270 manakala Pakatan Harapan (PH)hanya dengan 36 undi.

BN juga menguasai DUN Bandar Hilir, BN menguasai undian dengan 271 diikuti PN 181 undi manakala PH dengan 23 undi.

Di DUN Bemban, PN mengatasi BN dalam data undian awal, menang 136 undi berbanding BN 71 undi dan PH pula mendapat empat undi.

Walau bagaimanapun, keputusan akan berubah dengan ketara apabila undi daripada pemilih umum, yang mengundi hari ini, mula masuk.

Keputusan semasa kiraan keseluruhan undi di Dun Ayer Keroh menyaksikan BN mengetuai perlumbaan dengan 333 undi diikuti PN (270) dan PH (36) Di DUN Sungai Udang, PN mendahului dengan 240 undi di ikuti BN (161), Bebas (43) dan PH (22) DUN Lendu pula, BN mendahului dengan 185 undi, PN (80) dan PH (19).

Walau bagaimanapun, keputusan akan berubah dari masa ke semasa sehingga berakhirnya proses pengiraan undi.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Klik di sini untuk terus membaca